" "
Motosikal

QJMOTOR SRK 921RR LANCAR DI CHINA – ENJIN MV AGUSTA, 129HP

QJMOTOR telah pun mendedahkan produk terbaru bagi tahun 2024 kali ini menerusi jentera sportbike SRK 921RR di China. 

Motosikal yang dikuasakan enjin 4-silinder 921cc dari MV Agusta itu diperkenalkan ketika persidangan khas yang berlangsung di Hangzhou pada 7 Januari lalu. 

Berbeza dengan model konsep SRK1000RR yang dipamerkan di EICMA 2023, SRK 921RR ini tampil dengan reka bentuk yang mirip dengan SRK 600RR dan SRK 800RR . 

Meskipun begitu, SRK 921RR ini lebih unik dengan kehadiran ekzos empat lubang dan ‘swingarm’ jenis ‘single-sided’ mirip MV Agusta. 

Dalam pada itu, enjin 4-silinder 921cc pada 921RR ini telah ditala semula bagi menghasilkan 129hp pada 10,000rpm dan 93Nm pada 8,000rpm. Untuk rekod, unit 921cc ini dibangunkan dari platform 1,000cc yang diguna pakai pada MV Agusta Brutale versi 2010 namun dengan ‘bore’ dan ‘stroke’ diubah kepada 73mm x 55mm dari 79mm x 50.9mm. 

Berdasarkan angka tersebut jelas menunjukkan SRK 921RR ini bukan sahaja sebuah jentera berprestasi tinggi malah turut menawarkan tork yang efisien. 

Selain itu, 921RR ini juga hadir dengan ciri premium yang pelbagai termasuk:

  • 6-axis IMU
  • traction control
  • cornering ABS
  • kamera papan pemuka
  • TPMS (tyre pressure monitoring system)

Menariknya, model ini juga dilengkapi dengan kelengkapan premium termasuk brek Brembo Stylema, ‘suspensi boleh laras dari Marzocchi dan ‘steering damper’. Dari segi berat, QJMOTOR meletakkan 921RR ini pada 215kg dengan tangki isian penuh 16L. 

Menurut laporan media di China, QJMOTOR SRK 921RR ini dipasarkan pada harga CNY69,999 (RM45.7k). Buat masa ini, belum ada sebarang pengesahan sama ada model ini akan turut dipasarkan di Malaysia menerusi pengedar rasmi MForce namun kami akan cuba dapatkan sebarang info jika berkesempatan.

GALERI:

Google ads
Back to top button