GEELY LANCAR PREFACE CONCEPT VERSI PRODUKSI, XING RUI. PLATFORM CMA, KETERSAMBUNGAN OTA
Geely Auto Group (Geely Auto) hari ini memperkenakan model produksi yang berasaskan kepada Preface Concept Sedan pada acara Beijing Auto Show 2020 yang sedang berlangsung sekarang.
Sedan yang dibangunkan di atas platform Compact Modular Architecture (CMA) itu diberi nama Xing Rui untuk pasaran China.
Preface Concept yang mula-mula diperkenalkan kepada umum pada Shanghai Auto Show 2019 mendapat pujian ramai kerana reka bentuknya yang seimbang.
Direka oleh rangkaian studio global Geely Design di bawah seliaan Naib Presiden Eksekutif Reka Bentuk, Peter Horbury, ia merupakan model kedua yang menggunakan platform CMS selepas SUV coupe, Xing Yue.
Xing Rui disifatkan sebagai kenderaan Innovative Geely 4.0 yang membolehkannya menawarkan tahap ketersambungan, kepintaran, kualiti dan aspek keselamatan yang tinggi sebagai ciri standard.
CMA telahpun digunakan pada hampir 700,000 unit kenderaan di bawah jenama Geely Holding Group. Ia memberikan Xing Rui ruang dalaman luas, tahap NVH minimum, penjimatan dan prestasi yang terbaik.
Generasi keempat kenderaan Geely itu dibina di atas platform modular termaju yang membolehkan model konsepPreface dihasilkan dalam tempoh singkat.
Maklum balas daripada orang ramai menjadi kunci utama kenapa Preface Concept direalisasikan.
Xing Rui mempunyai segi dimensi 4785mm panjang dan lebar 869mm dengan tapak roda mencecah 2,800mm. Ini menjadikannya model paling besar dan luas dalam segmennya.
Sedan itu akan menggunakan khidmat enjin 2.0TD yang dipadankan dengan kotak gear klac berkembar 7-kelajuan. Rangkaian kuasa tersebut digunakan secara meluas dalam kenderaan Geely dan dibangunkan bersama Volvo Cars.
Dengan CMA, Xing Rui dilengkapi sistem ketersambungan pintar dan membolehkannya disambung sepenuhnya dengan kemas kini awan Over the Air (OTA). Ini sekali gus memastikan Xing boleh sentiasa dikemas kini dan tidak akan ketinggalan zaman.
“Xing Rui menandakan perjalanan baru buat Geely Auto kerana ia membawakan teknologi CMA ke dalam segmen sedan. Ia tidak berkompromi dari segi kualiti, reka bentuk, teknologi, ruang dan nilai,” kata Presiden Kumpulan Geely Auto, An Conghui.
Xing Rui akan mula berada di bilik pameran Geely di seluruh China dalam tempoh beberapa bulan lagi.
- BACA: FARIZON FX – TRAK PIKAP ANEH BUATAN GEELY. GUNA PLATFORM BOYUE PRO (PROTON X70)
- BACA: GEELY TAYANG RUANG KABIN PREFACE. SERLAH KEMEWAHAN, ELEGAN SEDAN TERBAHARU
- BACA: GEELY AKAN GUNA PLATFORM CMA UNTUK MODEL MASA DEPAN PROTON
- BACA: MAHINDRA MAHU JUAL SSANGYONG. GEELY DAN BYD TAK BERMINAT
GALERI