
CABUT ‘SYED MIRUL’ BOLEH BATAL JAMINAN KENDERAAN DI INDIA
Mahkamah Tinggi Madras, India baru-baru ini mengarahkan suruhanjaya pengangkutan Tamil Nadu untuk menimbang meminta pengeluar serta pengedar motosikal dan kereta supaya jaminan terbatal jika pelanggan mencabut cermin sisi atau cermin pandang belakang.
Arahan itu dikeluarkan selepas seorang peguam, Ramkumar Adityan mengemukakan petisyen meminta pihak berkuasa menyaman penunggang motosikal yang mencabut cermin pandang belakang mereka.
“Tindakan ini menyalahi undang-undang. Langkah ini juga bagi memastikan peraturan lalu lintas dipatuhi dan mengurangkan kemalangan jalan raya. Ramai penunggang tidak sedar bahawa mereka sudah melanggar undang-undang,” kata Adityan.
Ketua Hakim Sanjib Banerjee dan Hakim Senthilkumar Ramamoorthy mendapati adalah perlu untuk mengarahkan pengedar memastikan kenderaan yang mereka jual dilengkapi cermin sisi.
Justeru, pengeluar kenderaan juga perlu memasukkan klausa yang menyatakan jaminan akan terbatal jika pelanggan membuang cermin pandang belakang. – New Indian Express
- BACA: DELHI LUBUK PENCURI KENDERAAN DI INDIA. CATAT KECURIAN SETIAP 12 MINIT
- BACA: COVID-19 TERUK DI INDIA. PERMINTAAN JET PERIBADI LAKU KERAS
- BACA: INDIA HADIAHKAN KAPAL SELAM TERPAKAI KEPADA MYANMAR. KUKUHKAN HUBUNGAN KETENTERAAN
- BACA: TOYOTA TIDAK AKAN KEMBANGKAN OPERASI DI INDIA. BENGANG DENGAN STRUKTUR CUKAI KERETA