
HONDA MALAYSIA TAWAR PROMOSI – GANJARAN BERNILAI RM8,000 UNTUK PENJAWAT AWAM
Honda Malaysia baru-baru ini menawarkan promosi khas bagi penjawat awam yang berminat untuk mendapatkan Honda City.
Bagi penjawat awam yang dah lama teringin mendapatkan Honda City, ini adalah masa terbaik untuk memilikinya kerana promosi ditawarkan dengan diskaun sebanyak RM8,000.

Masih berkira-kira? Secara matematiknya mudah, promosi melibatkan varian City E dan V ditawarkan diskaun sebanyak RM1,800 dan jika ditambah dengan promosi ditawarkan sepanjang November 2023, tambahan diskaun adalah RM4,000.
Masih belum cukup? Promosi berkenaan termasuklah pakej lapisan filem cermin ecotint bernilai RM2,200 untuk kedua-dua varian, menjadikan jumlah keseluruhannya mencecah RM8,000.
Untuk makluman semua, anda perlu merebut peluang ini kerana rebat ini akan tamat tempoh pada 30 November 2023.
Tidak ketinggalan, bagi peminat model Honda CR-V, anda juga kini boleh menempah Honda CR-V generasi baharu, di mana tempahan untuk model tersebut dibuka baru-baru ini. – Paultan
- BACA: HONDA MALAYSIA SERAH 2,200 UNIT HONDA WR-V, VARIAN RS SUMBANG 60 PERATUS HASIL JUALAN
- BACA: HONDA MALAYSIA LANCAR HONDA CITY FACELIFT 2023, 119HP, HARGA BERMULA RM84K
- BACA: TEMPAHAN HONDA CR-V GENERASI KEENAM KINI DIBUKA – TAWAR DUA PILIHAN ENJIN 2.0L e:HEV DAN 1.5L VTEC TURBOCHARGED
- BACA: HONDA WR-V 2024 BAKAL DEBUT DI JEPUN – SAIZ LEBIH BESAR, JANA 119HP, HARGA BERMULA RM77K