Buletin

HATCHBACK VW POPULAR? TAK! NOTCHBACK KOMPAK LAGI LAKU

Di negara kita, model hatchback keluaran Perodua seperti Myvi dan Axia sudah lama mendominasi takhta jualan kenderaan. Pelanggan di Eropah terlebih dahulu mempunyai citarasa sama dengan Golf mengungguli carta jualan lebih dari empat dekad.

Hakikatnya pasaran dunia didominasi oleh model notchback kompak.

Jualan Volkswagen untuk segmen tersebut di peringkat global mewakili hampir satu pertiga dan jenama berkaitan Volkswagen mencatatkan jualan sebanyak 1.6 juta unit dan itu hanya di China sahaja.

Volkswagen dan syarikatnya yang berkaitan mempunyai enam model bagi memenuhi selera pengguna di sana. Menariknya, model-model tersebut dibuat khusus untuk pasaran China.

Dua kriteria penting untuk pelanggan di China ialah ruang kabin dan but yang luas dan mengapa segmen sedan lebih penting berbanding hatchback di sana.

Melalui usaha sama SAIC-Volkswagen dan FAW-Volkswagen serta sub jenama JETTA, ada enam model khusus yang ditawarkan seperti berikut:

JETTA VA3

  • JETTA dilancarkan pada 2019 dan pertama kali dalam sejarah VW, nama sebuah model dijadikan jenama khusus dan mempunyai rangkaian pengedaran sendiri.
  • Jualan Jetta dan JETTA VA3 lebih daripada 145,000 unit pada 2019
  • VA3 dikeluarkan di Chengdu dan model itu hanya berkongsi nama dengan Jetta yang dijual di Amerika Utara dan Amerika Selatan
  • Berukuran 4.5 meter panjang dan lebih kompak, dibekalkan enjin 1.5 liter aspirasi normal dengan kuasa 110hp dan disasarkan kepada pembeli muda pertama.

FAW-Volkswagen Sagitar

  • Produksi Satigar bermula pada 2006 dan sekarang dikeluarkan di Changchun dan Chengdu
  • Satigar adalah model MQB dengan dua jenis enjin iaitu 1.2 liter TSI dan 1.4 liter TSI
  • Satigar generasi ketiga dilancarkan pada 2019 dalam versi long- wheelbase 2.73 meter berbanding 2.69 meter untuk Amerika Syarikat
  • Semasa tahun peralihan model, 310,000 unit Satigar terjual dan lebih 176,000 unit adalah model baharu

SAIC Volkswagen Lamando

  • Dikeluarkan oleh SAIC Volkswagen sejak November 2014
  • Model notchback coupé empat pintu dengan badan lebar iaitu 1.82 meter, tinggi 1.42 meter dan panjang keseluruhan 4.68 meter
  • Dibina dari platform MQB dan menggunakan enjin 1.4 liter TSI dengan dua output kuasa iaitu 129hp dan 148hp. Padanan transmisi DSG.
  • Varian sporty dibekalkan enjin 2.0 liter TSI 217hp dan berada di pasaran sejak 2016
  • Lebih daripada 101,000 unit Lamando terjual pada 2019

FAW-Volkswagen Bora

  • Model yang sangat berjaya di China dengan jualan sebanyak 323,400 unit pada 2019
  • Model MQB dengan enjin 1.5 liter aspirasi normal 111hp dan 1.4 liter TSI 148hp
  • Turut mempunyai versi elektrik iaitu e-Bora
  • 4.66 meter panjang, 1.181 lebar dan 1.46 meter tinggi

SAIC Volkswagen Santana

  • Model ini tiada kaitan dengan versi asal Santana yang diasaskan dari generasi kedua Passat dan popular di Jerman pada era 80an.
  • Tidak lagi ditawarkan di Jerman sejak 1985 dan versi notchback masih dijual di China dan mempunyai gaya badan wagon yang diasaskan dari Passat
  • Model khusus pasaran China ditawarkan sejak 2013
  • 4.48 meter panjang, 1.71 meter lebar dan 1.47 meter tinggi
  • Sekitar 245,000 unit dijual tahun lalu

SAIC Volkswagen Lavida

  • Generasi ketiga dijual sejak Mei 2018 dan dibangunkan khusus untuk citarasa dan keperluan pelanggan spesifik
  • Dibina menggunakan platform MQB dan berjaya seperti Passat di Jerman
  • Model lalu keras dengan jualan sebanyak 491,000 unit pada 2019
  • Menggunakan enjin 1.5 liter aspirasi normal 114hp dan 1.4 liter TSI 148hp
  • Turut mempunyai versi elektrik dengan nadikuasa e-Golf
  • 4.67 meter panjang, 1.81 meter lebar dan 1.47 meter tinggi

Lebih 30 tahun kejayaan di China

Kumpulan Volkswagen mengeluarkan kenderaan di China dengan dua syarikat usaha sama. Pada 2019, Volkswagen dan syarikat serta sub jenama JETTA berjaya menjual 3.16 juta kenderaan.

Model pertama VW di China ialah Santana yang dikeluarkan pada 1983 secara usaha sama dan sekarang dikenali sebagai SAIC VOLKSWAGEN.

Hubungan dengan FAW-Volkswagen pula menyaksikan pengeluaran model pertama pada 1991.

Secara keseluruhannya, Volkswagen Group China mempunyai lebih daripada 100,000 pekerja di China.

Tags
Google ads
Back to top button