Artikel Pilihan

HATCHBACK YANG SEJUK (COOL) YANG BOLEH DIBELI DI SINGAPURA

Kita ni kadang nak membeli mungkin tidak berapa mampu. Kadang nak melihatkan depan mata model – model yang sedap pun tak upaya. Tengok sahajalah di alam maya. Nah, kali ini BK bawakan senarai model Hatchback yang kelihatan sangat sejuk (cool) yang boleh dibeli di negara sebarang tambak.

Nissan Note

Entah di mana silapnya, Nissan tidak jadi membawa masuk model hatchback ini di pasaran kita walaupun mereka pernah berkira – kira untuk memasarkannya di tempat kita suatu ketika dahulu. Dari segi rekaannya, jelas sekali ianya mungkin bersaing rapat dengan Honda Jazz. Dan untuk pasaran Singapura, enjin yang bersesaran 1.2 liter, HR12DE. Dari segi spesifikasi, sebenarnya Nissan Note ini tidak kurang handal juga. Dah pakai bodykit macam ni memang nampak garang juga. Kini harga untuk pasaran terpakai di Singapura pada harga $52,000 (RM158,330).

Hyundai i30

Model jenama Korea ini juga tampaknya turut disisihkan dalam katalog jualan di tempat kita. Tapi di sana, jenama Hyundai agak kuat juga disamping jenama dari Jepun yang lain. Walau pun ianya adalah model hatchback, namun Hyundai i30 ini sebenarnya mempunyai dimensi yang agak besar juga. Dan rekaan generasi ketiga Hyundai i30 ini kini jauh lebih menarik dan menawan dua generasi sebelumnya, terutamanya generasi pertama yang kelihatan macam terlebih siap.

Dan buat penggemar Hyundai, model i30 ini sudah tentu boleh diubahsuai secara kosmetik untuk menjadi rupa seperti Hyundai i30 N. Keluar modal $80,000 (RM243,585) untuk beli model terpakai, kemudian tambah duit sikit make-up sana sini dah boleh nampak macam laju. Er, enjin asal 1.4 T-GDi DCT Turbo itu pun sebenar dah cukup laju juga sebenarnya, kan?

Subaru Impreza

Macam pernah nampak model ini kan? Tapi di mana ya? Benar, mata anda tidak salah melihat. Di tempat kita, inilah dia model Crossover, Subaru XV. Atau pun lebih dikenali dengan nama globalnya, Subaru Impreza. Di Singapura, ianya adalah sebuah model hatchback keluarga yang biasa – biasa. Tiada yang luar biasa. Spesifikasinya pun tak ada jauh beza mana dengan model yang lain. Bagi special sikit pasal ada bumbung suria. Nampaklah mewah.

Enjin pun guna 1.6 liter, tapi Boxer lah walau pun masih NA. Tapi orang masih memandangnya ianya adalah jenama Subaru. Orang ramai masih mengenang pasal DNA rali yang masih dan pernah wujud dalam setiap modelnya. Pada harga $69,000 (RM210,092), ianya sudah masih boleh dibeli. Lepas tu convert jadi model rali. Aduhhhh!

Opel Astra

Ini ada sebuah lagi model hatchback yang pada fikiran BK agak kelihatan cool juga untuk dimiliki. Rekabentuknya kelihatan agak menariknya dan tidak terlalu boring. Sebenarnya nampak sporty juga Opel Astra generasi kelima ini walaupun menggunakan lima pintu. Cukup sesuai untuk yang berkeluarga.

Trenkausanya pula menggunakan enjin 1.0 liter turbo. Dapatlah kuasa 103 HP dan 170 Nm. Bolehlah setakat nak buat jalan – jalan. Lagi pula, Singapura tu bukannya boleh pandu laju mana pun kan. Harganya untuk psaran terpakai pun tidaklah mahal mana, sekitar $67,000 (RM204,003)

Kredit Foto : www.sgcarmart.com

BACA : WAGON YANG SEJUK (COOL) BOLEH DIBELI DI SINGAPURA

BACA : KERETA YANG SEJUK (COOL) YANG BOLEH DIBELI DI SINGAPURA

Google ads

B K

Back to top button