Motosikal

SKUTER PEUGEOT DI INDONESIA

Model motosikal Peugeot pertama kali diperkenalkan ke Indonesia pada Indonesia International Motor Show (IIMS) Ogos 2015.

peugeot-skuter-mekanika (3)

Awalnya, model tersebut hanya untuk tujuan pameran. Bukan untuk dijual. Namun, maklum balas yang diterima cukup memberangsangkan sehingga ada yang ingin melakukan tempahan.

Justeru itu, PT Garansindo International Motors (GIM), pengedar rasmi skuter Peugeot akan membawa masuk model berkenaan yang mana penghantaran bermula hujung bulan ini.

peugeot-skuter-mekanika (8)

Pihak GIM telah menerima tempahan sebanyak 300 unit bagi tiga model skuter yang diperkenalkan.

Skuter Peugeot Scooters yang dijual ialah Django 150 yang lebih ke arah retro. Peugeot CityStar 200 yang lebih moden dan Metropolis 400. Sebuah skuter tiga roda.

peugeot-skuter-mekanika (1)

Bagaimanapun, pihak GIM melakukan perubahan kecil bagi menyesuaikan dengan cuaca panas negara Asean.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button