Buletin

HONDA BANGUNKAN CRUISER REBEL 1100, GUNA ENJIN AFRICA TWIN?

Honda dilaporkan sedang sibuk membangunkan model cruiser dengan enjiin berkapasiti lebih besar. Kita sudah tahu bahawa Honda kini ada menawarkan model Rebel yang menggunakan enjin bersesaran 500cc. 

Khabar angin itu mula timbul bulan lepas (Mac 2020) apabila media Jepun, Young Machine melaporkan berita itu dalam edisi April keluarannya. Laporan daripada Yong Machine sebelum ini memang diketahui sebagai agak tepat.   

Jentera itu didakwa bukan sahaja menggunakan enjin parallel-twin yang ada pada model adventure Africa Twin, malah akan dilengkapi pelbagai komponen mewah. Ini bagi membolehkan Rebel 1100 bersaing dengan cruiser premium lain di pasaran. 

Enjin berkapasiti 1.,084cc itu mampu menjana kuasa sehingga 102PS dan tork 105Nm. Tetapi, jika dipasang pada Rebel, sudah pasti jurutera Honda akan membuat talaan semula mengikut kesesuaian karekternya.

Persoalan sama ada enjin itu akan dipadankan dengan transmisi klacberkembar atau DCT masih belum dapat dipastikan. 

Ada yang mendakwa Rebel 1100 akan diperkenalkan pada acara EICMA 2020, November depan. 

Honda menghidupkan kembali model Rebel pada tahun 2017. Jentera itu memiliki gayaan unik seperti kedudukan tangki, bar hendal yang tinggi dan posisi tunggangan santai.   

Tags
Google ads
Back to top button