
PUSAT SERVIS MODENAS MULA BEROPERASI ESOK. 2 KALI SEMINGGU, PERLU BUAT TEMU JANJI
Syarikat motosikal nasional, MODENAS hari ini mengumumkan bahawa operasi selepas jualan mereka akan kembali beroperasi di beberapa cawangan yang terpilih.
Ini berikutan kenyataan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang membenarkan perniagaan tertentu di bawah industri Automotif untuk kembali beroperasi.
Penyambungan semula operasi selepas jualan MODENAS akan tertakluk kepada prosedur pengendalian standard (SOP) kawalan pandemik Covid-19 yang telah ditetapkan oleh MITI.
Ini termasuklah waktu yang lebih singkat, kakitangan terhad serta mematuhi langkah-langkah pencegahan seperti penjarakan sosial dan pemantauan amalan kebersihan.

Pusat servis yang akan dibuka adalah seperti berikut:
- Pusat Servis MODENAS Subang, Selangor
- Pusat Servis MODENAS Ipoh, Perak
- Pusat Servis MODENAS Gurun, Kedah
- Pusat Servis MODENAS Kuantan, Pahang
Hari Operasi : Dua kali seminggu (Isnin dan Khamis)
Masa : 10.00 pagi hingga 3.00 petang
Bermula 20 April 2020, sehingga diberitahu kelak
MODENAS akan membuat pengumuman sekiranya terdapat sebarang perubahan pada jadual yang telah dinyatakan ini.
Pusat-pusat servis ini hanya akan melayani pelanggan dengan temu janji sahaja. Pelanggan MODENAS boleh membuat temu janji secara dalam talian melalui http://bit.ly/mcobookaservice atau http://bit.ly/jomservis.
Pelanggan juga boleh menghantar mesej WhatsApp ke talian MODENAS Careline di 019-570 8135.
Pelanggan kemudian akan dihubungi oleh kakitangan cawangan untuk mengesahkan slot tarikh dan masa yang ada. Pusat-pusat servis ini hanya akan menerima temu janji berdasarkan kepada siapa cepat, dia dapat.
Pendekatan ini diambil untuk mengehadkan jumlah pelanggan yang memasuki premis serta mempraktikkan penjarakan sosial yang selamat. Semua pelanggan diminta memakai topeng muka sebelum memasuki premis dan suhu badan mereka juga akan diperiksa.
- BACA: MODENAS SUMBANG PERALATAN ELEKTRIK KEPADA HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH, ALOR SETAR
- BACA: MODENAS BAKAL TAWAR 8 MODEL BAHARU TAHUN 2020. ADA KAPCAI, SKUTER DAN STREET BIKE
- BACA: MODENAS NINJA 250 SE. SPORTBIKE PERTAMA MODENAS. ABS, ENJIN EURO4
- BACA: MODENAS SUMBANG PERALATAN ELEKTRIK KEPADA HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH, ALOR SETAR