Buletin

JEEP DEDAH EDISI KHAS WRANGLER 1941 SEMPENA ULANG TAHUN KE-80. TERHAD 41 UNIT SAHAJA!!!

Pada tahun ini, jenama Jeep menyambut ulang tahun ke-80 dan bakal mengeluarkan banyak versi edisi khas termasuk Jeep Wrangler, Gladiator, Compass, Renegade, Cherokee dan Grand Cherokee.

Setiap model akan menampilkan keunikan pada rekaan luaran dan dalaman, lencana ulang tahun ke-80 dan rim khas.

Salah satu model edisi khas yang baharu sahaja didedahkan pengeluar kenderaan itu merupakan Wrangler 1941.

Edisi khas dibangunkan berdasarkan Wrangler Rubicon empat pintu itu hanya akan dikeluarkan sebanyak 41 unit dan dijual secara eksklusif pada harga bermula 瞿58,050 (RM 328,276) di United Kingdom (UK) sahaja.

Wrangler 1941 ditawarkan dengan empat warna pilihan iaitu hitam (Brilliant black), granite (Granite Crystal), merah (Firecracker red) atau perak (Billet silver).

Model standard Wrangler 1941 didatangkan dengan lengkungan roda yang dipanjangkan bersama kit suspensi dua inci.

Selain itu, perlindungan pada bahagian bawah jentera diperbaharui untuk meningkatkan kemampuan off-road jentera tersebut.

Dari segi rekaan luaran, Wrangler edisi khas itu mendapat sentuhan penutup bahan bakar berwarna hitam, pelindung pintu, pembaharuan pada bahagian splash guard depan dan belakang.

Ia turut dilengkapi dengan pelekat 1941 pada bahagian hud untuk memberi penghormatan kepada warisan Jeep.

Sama seperti Wrangler Rubicon yang dijual di UK, jentera itu mendapat khidmat enjin diesel empat silinder 2.2 liter yang mampu menjana kuasa 197 hp dan tork 450 Nm dipadankan transmisi automatik lapan kelajuan.

Para penggemar jentera berkenaan boleh melakukan tempahan di UK – carbuzz

Google ads
Back to top button