Buletin

HONDA CIVIC FACELIFT – BERMULA RM113,800

Honda Malaysia hari ini memperkenalkan sedan Civic yang telah menerima pelbagai bentuk penambahbaikan.

 Honda-civic-facelift-mekanika (2)

Lebih menarik lagi, di sebalik semua penambahan ciri tersebut, harga Civic untuk varian 1.8L S, 2.0L S dan 2.0L Navi juga telah diturunkan.

Justeru, harga baharu bagi varian 1.8L S kini ialah RM113,800 seunit,  2.0L S berharga  RM125,800 dan 2.0L Navi ditawarkan pada harga RM132,800. Dengan pengenalan model baharu ini, Honda Malaysia mensasarkan untuk menjual 625 unit Civic sebulan atau 7,500 unit pada tahun ini.

 Honda-civic-facelift-mekanika (13)

Ia merupakan kenaikan sebanyak 44 peratus berbanding ketika ia mula dilancarkan pada tahun 2012. Sehingga Oktober 2014, Civic generasi kesembilan ini telah menyumbang jualan lebih 16,900 unit.

Penambahbaikan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Civic 1.8L S

Civic 2.0L S

Civic 2.0L Navi

ü  Kemasukan pintar dengan butang Push Start

ü  Lampu utama automatik

ü  Cruise Control

ü  Hendal krom

ü  Beg udara sisi (curtain) menjadi  6 beg udara semuanya

ü  Lampu utama automatik

ü  Beg udara sisi (curtain) menjadi  6 beg udara semuanya

ü  Lampu utama automatik

ü  Paparan audio baharu  7” + HDMI/Navigation/ MirrorLink

“Penambahbaikan pada Civic baharu adalah berdasarkan kepada maklum balas daripada pelanggan dan penilaian kami ke atas ekspektasi pasaran. Kami komited untuk meningkatkan kepuasan pelanggan dengan menawarkan produk-produk berkualiti tinggi dan bernilai untuk wang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Hinda Malaysia, Yoichiro Ueno.

 Honda-civic-facelift-mekanika (5)

Berpaksikan kepada konsep “Muda dan Premium”, Civic facelift hadir dengan rekaan baharu, teknologi-teknologi pintar dan sistem keselamatan terbaik.

Pada bahagian luaran, perbezaannya mungkin tidak terlalu ketara. Biarpun begitu, Civic kini tampil dengan gril bampar hadapan baru. Varian 1.8L di dipasang dengan rim aloi bersaiz 16 inci, manakala varian 2.0L menerima rim aloi 17 inci.

 Honda-civic-facelift-mekanika (12)

Aspek mekanikal bagaimanapun tidak berubah. Enjin SOHC i-VTEC pada Civic 1.8L mampu menghasilkan kuasa mencecah 141PS dan tork 174Nm. Varian 2.0L pula lebih berkuasa dengan 155PS dan tork 190Nm.

Kedua-dua enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear automatik lima kelajuan yang menawarkan prestasi dan penjimatan bahan api. Penjimatan tersebut dipertingkatkan lagi menerusi fungsi ECO Assist dan butang ECON Mode.

 Honda-civic-facelift-mekanika (6)

Bukan itu sahaja, penambahbaikan Civic 1.8L S dan 2.0L S turut merangkumi bahagian dalamannya. Ketebalan dan kualiti material pada hendal pintu telah dipertingkatkan sebanyak 30 peratus.

Model 2.0L Navi dipasang dengan kemasan Piano Black. Penampilan ruang kabinnya juga semakin mewah dengan paparan audio bersaiz tujuh inci yang lengkap bersama navigasi, HDMI dan MirrorLink.

 Honda-civic-facelift-mekanika (10)

Menyentuh tentang aspek keselamatan pula, Civic facelift dilengkapi spesifikasi keselamatan terbaik apabila ketiga-tiga varian ini hadir bersama sistem Vehicle Stability Assist (VSA). VSA itu kemudian digabungkan dengan sistem Motion Adaptive EPS (Electronic Power Steering) yang berfungsi menstabilkan kenderaan ketika berlaku masalah understeer atau oversteer.

Civic baharu boleh didapati dalam warna baharu iaitu biru (Twilight Blue), di samping warna sedia ada seperti putih, perak, kelabu dan hitam. Buat masa sekarang, tempoh menunggu Civic baharu ialah selama sebulan selepas tempahan dibuat.

 Honda-civic-facelift-mekanika (1)

Untuk ketenangan minda para pemiliknya, Honda Malaysia menawarkan pakej khidmat selepas jualan selama lima tahun dengan jarak perbatuan tanpa had, selang servis setiap 10,000km dan kos buruh percuma sebanyak enam kali (diselang-seli dengan servis yang berbayar).

Maklumat lanjut mengenai Civic facelift atau ingin memandu ujinya, sila kunjungi mana-mana daripada 78 pengedar sah Honda di seluruh negara. Hubungi nombor tol percuma Honda di talian 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button