Pandu Uji

SUZUKI S-CROSS – RM129,888

Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd. (SMA) semalam melancarkan crossover segmen C terbaharunya, Suzuki S-Cross.

Suzuki-S-Cross-mekanika (2)

Model CBU dari Hungary itu tampil sebagai sebuah kenderaan gaya hidup yang seimbang dari segi teknologi, sistem keselamatan, ruang dan versatilitinya.

Bercita rasa Eropah, rekaan luaran S-Cross diserlahkan menerusi garis badan yang berani dan maskular. Sekali pandang, ia memang nampak ringkas dan tidak over design.

Suzuki-S-Cross-mekanika (15)

Imej sebuah crossover S-Cross dilengkapkan lagi dengan sepasang roof rail, cermin sisi aerodinamik, lampu HID automatik, lampu ERL LED dan lampu kabus.

Biarpun berlainan segmen, pengenalan S-Cross bermakna model SUV SX4 tidak lagi ditawarkan oleh SMA. Ini juga bermaksud S-Cross perlu bersaing dengan model crossover segmen C yang lain seperti Mitsubishi ASX, Mazda CX-5, Kia Sportage dan Subaru XV.

Suzuki-S-Cross-mekanika (17)

Optimis dengan penerimaan positif daripada pengguna tempatan, SMA menetapkan sasaran untuk menjual sekitar 50 hingga 60 unit S-Cross pada tahun ini. Jumlah jualan dijangka meningkat kepada 400 unit pada tahun 2015

“Kekuatan Suzuki S-Cross terletak pada ada reka bentuk dan penjimatan bahan apinya,” kata Penasihat Jualan & Pemasaran SMA, Ryota Katagiri.   

Suzuki-S-Cross-mekanika (10)

Suzuki S-CROSS dijana oleh unit enjin petrol bersesaran 1.6 liter yang ringan. Ia berupaya mnghamburkan kuasa mencecah 117hp @ 6,000rpm dan tork 156Nm @ 4,400rpm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT tujuh kelajuan.

Jentera dengan sistem pacuan dua roada dikatakan mampu menawarkan tahap penggunaan bahan api sekitar 17.2km/l berdasarkan kepada ujian Kitaran Pemanduan Eropah yang Baru (NEDC Cycle).

Suzuki-S-Cross-mekanika (11)

Ruang kabin S-Cross diserlahkan menerusi satu paparan multi-info, pendingin hawa dua zon, sistem navigasi bersaiz tujuh ini yang diintegrasikan bersama kamera mengundur, butang penghidup enjin dan paddle shifter.

Ciri paling menarik pada S-Cross pastinya bumbung suria berkembar. Manakala tempat duduk belakangnya boleh dilipat untuk memberikan ruang kargo mencecah 875 liter.

 Suzuki-S-Cross-mekanika (27)

Anda tidak perlu bimbang tentang aspek keselamatan apabila memandu S-Cross. Ini kerana ia dilengkapi rangkaian sistem keselamatan yang ekstensif. Misalnya, tujuh beg udara,  Electronic Stability Program (ESP), ABS dengan Electronic Brake-force Distribution (EBD), Brake Assist (BA) dan Hill-hold Control.

Hadir dalam empat warna iaitu hijau, kelabu, putih dan biru, S-Cross boleh anda miliki pada harga RM129,888 seunit (di atas jalan tidak termasuk insurans).

Suzuki-S-Cross-mekanika (6)

Bagi memberikan nilai selepas jualan yang lebih baik, SMA menawarkan program jaminan lanjutan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 150,000km. Selain pakej Suzuki Assist yang menyediakan bantuan tepi jalan 24 jam, bantuan servis di rumah dan kelulusan tuntutan yang pantas.
[hr]GALERI

Suzuki-S-Cross-mekanika (4)Suzuki-S-Cross-mekanika (5)Suzuki-S-Cross-mekanika (7)Suzuki-S-Cross-mekanika (8)Suzuki-S-Cross-mekanika (13)Suzuki-S-Cross-mekanika (14)Suzuki-S-Cross-mekanika (16)Suzuki-S-Cross-mekanika (18)Suzuki-S-Cross-mekanika (19)Suzuki-S-Cross-mekanika (20)Suzuki-S-Cross-mekanika (28)Suzuki-S-Cross-mekanika (26)Suzuki-S-Cross-mekanika (30)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button