Peranti

HUAWEI MATE 7

Buat pertama kalinya, saya harus akui bahawa saya kagum dan meminati sebuah telefon pintar buatan Huawei, Huawei Mate 7.

Huawei-Mate-7-mekanika (8)

Menjadi model yang hadir dengan pelbagai teknologi terkini, pantas dan ditawarkan pada harga berpatutan, Mate 7 sememangnya mampu menggugat jenama telefon pintar sedia ada.

Ketika memegangnya, Mate 7 rasa cukup premium. Paparan FHD bersaiz enam inci itu dipadankan dengan badannya yang hanya senipis 7.9mm. Lebih menarik lagi, ia dikuasakan oleh chipset octa-core yang lebih berkuasa untuk prestasi mengagumkan.  

 Huawei-Mate-7-mekanika (6)

Menggunakan arkitektur octa-core, Mate 7 dilengkapi pemproses Huawei Kirin 925 pintar yang terdiri daripada empat A15 1.8 GHz yang besar dan empat A7 1.3 GHz chipset kecil.

Chipset itu diaktifkan dalam konfigurasi berbeza bergantung kepada kuasa yang diperlukan oleh aplikasi-aplikasi atau fungsi tertentu. Jadi, pengurusan tenaga telefon pintar ini lebih baik. Menggunakan bateri berkapasiti 4100 mAh, Mate 7 berupaya bertahan sehingga dua hari (bergantung kepada penggunaan).

 Huawei-Mate-7-mekanika (2)

Mate 7 merupakan telefon pintar pertama Huawei yang menggunakan teknologi pengimbas cap jari satu sentuhan. Ia membolehkan pengguna mengaktifkan telefon 80 peratus lebih pantas berbanding telefon pintar yang memerlukan anda menyentuh skrin. Terletak di bahagian belakang telefon, teknologi ini mampu menyokong sehingga lima rekod cap jari berbeza.

“Kehadiran Mate 7 hanya selepas beberapa bulan dilancarkan di peringkat antarabangsa menjadi bukti komitmen kami terhadap pasaran Malaysia,” kata Pengarah Negara, Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei Technologies Malaysia, Gary Xu.

 Huawei-Mate-7-mekanika (5)

Dengan ketersambungan LTE Cat6 pula, kepantasan memuat turun boleh mencapai 300 Mbps. Ini membolehkan Mate 7 memuat turun filem HD dalam tempoh kurang 30 saat. Peranti ini juga menampilkan sistem antara muka pengguna intutif terkini daripada Huawei, EMUI 3.0.

EMUI 3.0 memudahkan operasi telefon pintar dengan satu tangan, selain menawarkan antara muka baharu pada perisian sepenuhnya. Sekali gus meningkatkan pengalaman untuk bekerja dan bermain, daripada komunikasi, melayari internet sehinggalah bermain permainan video HD.

 Huawei-Mate-7-mekanika (13)

Huawei Mate 7 versi standard (2GB RAM dan 16GB ROM) boleh anda miliki pada harga RM1,799. Sementara versi Mate 7 (3GB RAM dan 32 GB ROM) berharga  RM1,999 seunit.

Versi standard version Mate 7 yang didatangkan dalam warna hitam dan perak sudah boleh didapati semua pengedar sah Huawei di seluruh negara mulai 14 November. Manakala kehadiran Mate 7 versi premium pula akan diumumkan nanti.

 Huawei-Mate-7-mekanika (1)

Para pelanggan yang membeli Mate 7 akan menerima satu smart cover bernilai Rm128 secara percuma, sehingga stok masih ada.
[hr]GALERI

Huawei-Mate-7-mekanika (3)Huawei-Mate-7-mekanika (7)Huawei-Mate-7-mekanika (9)Huawei-Mate-7-mekanika (10)Huawei-Mate-7-mekanika (11)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button