TESLA BUAT PENGHANTARAN PERTAMA TRAK SEMI KEPADA PEPSICO. BOLEH CECAH JARAK 804KM SEKALI CAJ
Tesla baru-baru ini membuat penghantaran trak semitrailer elektrik pertamanya kepada PepsiCo. Pengeluaran trak semitrailer ituadalah untuk memperluaskan tawaran Tesla dalam segmen kenderaan elektrik.
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk memandu Semi ke acara penghantaran yang diadakan di sebuah kilang berhampiran Reno, Nevada.
Semi ialah trak kargo kelas-8 elektrik sepenuhnya dengan jarak antara 482 dan 804km dengan sekali cas.
Setelah menangguhkan penghantaran pada tahun 2019 akibat kekurangan alat ganti serta cabaran rantaian bekalan, kini Tesla boleh menarik nafas lega dengan penghantaran tersebut.
Musk turut menyasarkan untuk menghasilkan 50,000 trak Semi di Amerika Utara pada tahun 2024.
Walau bagaimanapun, Tesla tidak mendedahkan harga seunit Semi tetapi berkata ia akan menelan kos lebih tinggi berbanding kenderaan penumpang.
Menerusi ciapan Musk di Twitter pada Ogos 2022, Tesla akan mula menghantar Semi 804km dan Cyber Truck, iaitu pikap elektrik futuristik pada tahun 2023.
Pada majlis penghantaran rasmi tersebut, Musk tidak menjawab sebarang soalan pada penghujung acara itu. Oliver Dixon, seorang penganalisis kanan di Guidehouse menyatakan bahawa “Tidak begitu mengagumkan. Ia bukan konsep yang meyakinkan.”