Buletin

HONDA E UCAP SELAMAT TINGGAL, DITAMATKAN PRODUKSI PADA JANUARI 2024

Honda baru-baru ini mengesahkan kepada Automotive News dan Top Gear bahawa penawaran Honda e hatchback elektrik yang bergaya retro ditamatkan di Eropah.

“Pengeluaran Honda e akan berakhir pada Januari 2024. Honda e dihentikan sebaik sahaja pengeluaran habis dijual,” memetik kenyataan Honda.

Butiran trenkuasa dan julat, digabungkan dengan harga, tidak memenangi hati banyak pembeli.

Untuk rekod, versi asas 134hp dijual pada harga bermula sekitar AS$36,000 (RM169,380) sebelum subsidi kereta elektrik.

Bagi trim Advance 152hp, pelanggan perlu menambah kira-kira AS$3,236 (RM15,225) dan kedua-dua trim menggunakan rangkaian kuasa yang sama, bateri berkapasiti 37.5kWj untuk mendapatkan jarak gerak 220 WLTP bagi setiap pengecasan penuh.

Perbezaan untuk kedua-dua varian ialah Advance mendapat lebih sedikit kit standard dan masa 0-62 mph lebih cepat iaitu selama 8 saat.

Menjelang tahun ini, Advance adalah satu-satunya trim yang tinggal, dan ia berharga AS$43,000 (RM202,315) di Jerman.

Tetapi, model ini perlu melalui jalan sukar apabila Volkswagen ID.3 bermula pada harga yang sama dan dilengkapi dengan lebih banyak ruang dan lebih kuasa.

Automotive News sebelum ini melaporkan bahawa Honda ingin menjual 10,000 unit di Eropah setiap tahun.

Meskipun Honda e dianggap gagal kerana harga serta tawaran julat dan kuasa, model eletrik tersebut bagaimanapun mendapat tempat untuk reka bentuknya yang unik.

Google ads
Back to top button