Buletin

HONDA MUNGKIN AKAN HASILKAN HONDA e TYPE R

Honda tidak menolak kemungkinan bakal menghasilkan Honda e versi lebih berkuasa sekiranya mendapat permintaan hangat daripada pelanggan. 

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Timbalan Ketua Projek Honda e, Takahiro Shinya apabila ditanya oleh Top Gear tentang adakah Honda akan menghasilkan Honda e Type R. 

“Untuk makluman anda, platform, motor dan tayar kereta elektrik ini mampu menerima kuasa yang lebih tinggi. Apa yang saya boleh katakan, kami semua sukakan Type R kerana ia merupakan satu jenama halo yang kuat buat Honda. 

“Sebagai jurutera, kami mahu menghasilkan versi Type R untuk semua model. Tetapi persoalannya, adakah pelanggan mahukannya? Itu yang lebih penting,” katanya. 

Jika mendapat lampu hijau, dupermini elektrik dengan sistem pacuan roda belakang dan sistem suspensi bebas itu boleh menjadi sebuah hit hatch yang sangat menarik. Dalam versi standard, Honda e hadir dengan kuasa 100kW atau 113kW dengan tork setinggi 315Nm. Ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 8.3 saat. 

Banyak perkara yang boleh dilakukan oleh pasukan jurutera Honda. Antaranya memasang motor lebih berkuasa pada gandar belakang, atau menambah satu lagi motor elektrik berkuasa 100kW di hadapan untuk menjadi sebuah kereta pacuan semua roda. 

Sekiranya menjadi kenyataan, Hoda e Type R boleh bersaing secara langsung dengan Peugeot 208 GTI dan mungkin Volkswagen ID.3 GTI yang masih belum diputuskan nasibnya. 

Biarpun begitu, cabaran paling sukar yang terpaksa dihadapi oleh jurutera Honda adalah untuk memaksimumkan jarak perjalanannnya. Apatah lagi ketika model standard cuma boleh mencatat jarak sejauh 200 dengan sekali caj. 

Google ads
Back to top button