DISANGKA MENCULIK KANAK-KANAK, RUPA-RUPANYA BAWA ANAK KETIKA BEKERJA
Laporan mengenai penculikan palsu menyerlahkan realiti pahit seorang pemandu kereta di timur China yang terpaksa membawa anak perempuan bersamanya kerana tiada sesiapa di rumah untuk menjaganya ketika dia sedang bekerja.
Lelaki bernama Cui dari wilayah Zhejiang itu membenarkan anak perempuannya tidur di dalam but kereta semasa dia bekerja. Namun pada 4 Ogos lalu, salah seorang penumpang menyedari pergerakan datangnya dari but, dia kemudian menghubungi polis dan mendakwa Cui menculik kanak-kanak.
Apabila polis tiba, Cui menunjukkan pegawai itu kad pengenalan dan anak perempuannya untuk membuktikan dia tidak menculik sesiapa. Cui berkata dia telah menceraikan isterinya dan tidak tinggal dengan mana-mana saudara yang boleh menjaga anaknya itu. Jadi, dia terpaksa membawa anaknya semasa dia bekerja sebagai pemandu.
“Anak perempuan saya masuk ke dalam but dan tidur pada waktu tengah hari. Penumpang wanita itu duduk di tempat duduk belakang dan mendengar anak perempuan saya bergerak,” kata Cui kepada pegawai polis.
“Dia melompat keluar dari kereta dan melarikan diri selepas saya memandu sejauh beberapa ratus meter.” Cui berkata, apabila anak perempuannya bosan duduk, dia akan naik ke dalam but untuk tidur.
Pegawai polis mendapati penumpang itu melakukan kesilapan dan memberitahu Cui: “Anda harus memberitahu orang ramai tentang situasi itu lebih awal kerana orang ramai boleh tersalah tafsir apabila mereka mendapati ada anak kecil tidur di dalam but.”
Orang ramai terharu dengan pengorbanan seorang bapa untuk mengimbangi tugasnya sebagai ibu bapa dan keperluan untuk mencari rezeki. Ramai orang merungut kesukaran dalam hidup dan memuji Cui kerana menjadi bapa yang bertanggungjawab.
“Ini adalah kebenaran kebanyakan orang. Hidup ini susah,” tulis seseorang.
Seorang lagi mengulas: “Jika dia mempunyai pilihan lain atau berada dalam keadaan yang lebih baik, dia pasti tidak akan meletakkan anaknya di dalam but kereya.”
Satu lagi kejadian serupa berlaku pada Disember 2020 di Jinhua, wilayah Zhejiang apabila dua penumpang lelaki menghubungi polis untuk melaporkan kes ‘penculikan’. Tetapi siasatan polis mendapati seorang bapa membawa anak lelakinya yang berusia empat tahun di dalam but kerana tiada sesiapa di rumah boleh menjaga budak tersebut.
- BACA: KANTOI CURI TELEFON BIMBIT. SUSPEK KENA IKAT DEPAN LORI
- BACA: TAK CUKUP REMBAT RON95, KENDERAAN PLAT SINGAPURA CURI ELEKTRIK DI FASILITI SHELL RECHARGE TANGKAK PULA
- BACA: JIKA MANUSIA SANGAT CEKAP MEMANDU, KENAPA ADAS WUJUD?
- BACA: VIRAL VIDEO SEORANG LELAKI DI CHINA, MEMANDU KERETA MAINAN DI JALAN RAYA