Buletin

HYUNDAI PERCEPAT PEMBANGUNAN KENDERAAN TERBANG. SASAR TAHUN 2028

Hyundai Motor Company yang bekerjasama dengan Incheon International Airport Corp. (IIAC), Hyundai Engineering & Construction Co. dan KT Corp sedang mempercepatkan pembangunan Mobiliti Udara Bandar atau Urban Air Mobility (UAM).

Empat syarikat itu menyasarkan mampu komersialkan teknologi berkenaan pada tahun 2028.

Hyundai telah melancarkan kenderaan konsep udara pertama yang menampilkan teknologi Pengambilan dan Pendaratan Vertikal Elektril (eVTOL) pada Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2020.

Pada bulan Jun lalu, kerajaan Korea Selatan telah megumumkan hala tuju UAM bagi negara terbabit yang merangkumi UAM Grand Challenge iaitu projek demonstrasi bersama mengkaji pembinaan dan operasi atau landasan kenderaan UAM.

Hyundai akan bertanggungjawab mengendalikan pembangunan dan jaminan perniagaan UAM manakala IIAC terlibat dalam pembangunan infrastruktur dan kajian kebolehlaksanaan penggunaan kenderaan ini sebagai pengangkutan ulang-alik di lapangan terbang.

Bagi pembinaan landasan dan pusat transit menghubungkan pengangkutan awam lain akan dilaksanakan oleh Hyundai Construction.

KT Corp pula diberi kepercayaan dalam membina infrastruktur komunikasi dan memastikan perniagaan UAM agar menawarkan perkhidmatan mobiliti kepada pengguna kelak.

“Perkongsian mega ini menunjukkan apa diperlukan dalam pembangunan ekosistem UAM yang komprehensif bagi sebuah bandar besar seperti Seoul,” kata Ketua Bahagian UAM Hyundai Motor, Jaiwon Shin. – carscoops.

Google ads
Back to top button