Artikel Pilihan

HYUNDAI SONATA DN8 GENERASI BARU. BAKAL BERSAING DALAM SEGMEN D

Ketika zaman kemuncak segmen D, jenama Korea pasti akan membayangi jenama sedan buatan Jepun dalam usaha memberi lebih banyak peluang kepada bakal pembeli. Hyundai Sonata dan Kia Optima/K5 akan memberi saingan kepada Honda Accord, Toyota Camry dan Nissan Teana. Bakal memasuki pasaran Malaysia ialah Hyundai Sonata DN8 serba baru yang telah dilancarkan di New York Autoshow dan Shanghai Autoshow 2019.

1. Platform – Hyundai Sonata serba baru ini dibangunkan dengan menggunakan platform serba baru yang dihasilkan dengan menggunakan kaedah hot stamping. Proses ini menghasilkan sub komponen yang lebih ringan tapi lebih kuat. Ia berupaya menjimatkan bahan api dan pada masa yang sama mampu bertahan dalam kemalangan.

Cesi serba baru ini direka supaya sangat stabil agar sewaktu kemalangan ia hanya tergelincir ke tepi bukannya berpusing bagi mengelakkan ia dirempuh oleh kenderaan lain selepas kemalangan pertama.

2. Rekaan – Sonata baru dibangunkan dengan rekaan fastback seperti Volkswagen Arteon dan juga Honda Accord. Menggunakan tema Sensous Sportines ia menampilkan jarak antara roda yang lebih besar pada 2840mm, lebar 1860mm dan panjang 4900mm. Secara umumnya ia lebih lebar, lebih panjang dan lebih rendah dari model generasi ke 7.

Antara ciri menarik pada rekaan ialah gaya gril hadapan (Digital Pulse Cascading Grill) yang leboh garang ala-ala topeng muka Darth Vader, rekaan bonet depan yang lebih melenngkung dan rekaan lampu belakang yang bersambung antara kiri dan kanan.

3. Enjin – di peringkat global terdapat 3 pilihan enjin iaitu 1600cc turbo CVVD Smartstream yang menghasilkan 178 kuasa kuda dimana injap berupaya memilih untuk membuka berapa lama dan berapa luas ketika beroperasi. Terdapat juga enjin 2000cc Smartstream yang menghasilkan 158 kuasa kuda

Pilihan ke 3 ialah enjin 2500cc Smartstream yang boleh didapati dalam 2 versi iaitu versi Multipoint Port Injection yang menghasilkan 177 kuasa kuda dan Direct Injection yang menghasilkan 195 kuasa kuda.

4. Transmisi – terdapat 2 pilihan transmisi yang ditawarkan untuk Sonata baru samaada 6 kelajuan automatik ataupun 8 kelajuan automatik serba baru. Kedua-dua transmisi ini dihasilkan sendiri oleh Hyundai menerusi subsidiari Hyundai Transys. Transmisi 8 kelajuan ini 3.5kg lebih ringan dan lebih cekap tenaga berbanding transmisi 6 kelajuan

5. Hyundai Smart Sense – Sonata terbaru juga dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan terkini seperti Forward Collision Avoidance, Forward Collision Braking, Lane Keeping Assist, Lane Follow Assist, Driver Attention Warning, Autocruise with Stop & Go, Blind Spot Warning System, dan Automatic High Beam

6. Ciri Pandu Sendiri – bayangkan Sonata anda diparkir di ruang sempit dan perut boroi anda tidak muat untuk ruang yang sempit antara kereta. Sonata membenarkan enjin dihidupkan dengan alat kawalan jauh dan dengan satu butang kereta akan bergerak beberapa kaki ke depan bagi membenarkan pintu depan dibuka dengan luas. Namun jika ia mengesan kehadiran manusia atau binatang peliharaan, Sonata akan brek secara automatik. Hebat kan

7. Telefon Pintar jadi kunci – ya jika anda bercadang untuk menjimatkan ruang poket dengan tidak membawa kunci, Hyundai membenarkan telefon pintar anda untuk membuka pintu, membuka bonet dan membenarkan enjin dihidupkan dengan menggunakan telefon

8. Tiada Tombol Gear – tiada lagi tombol gear tradisional, sebaliknya ia digantikan dengan peranti seperti tombol dan diberikan dengan pilihan butang P, R, N dan D. Teknologi ini disebut sebagai Shift by Wire dan menjimatkan ruang kokpit.

9. Meter Digital – Sonata dilengkapkan dengan meter digital sebesar 10.25 inci yang memaparkan semua maklumat yang diperlukan oleh pemandu seperti halaju dan RPM. Namun sebaik sahaja pemandu memberi signal untuk bertukar arah, meter tersebut akan bertukar memaparkan pandangan titik buta di bahagian belakang kereta.

10. Hyundai Sonata N – jika model ini tak cukup ganas dengan jiwa anda, terdapat satu varian yang dikenali dengan Sonata N. Ia dikuasakan dengan enjin 2500cc Smartstream Turbo yang menghasilkan 286 kuasa kuda dan 422Nm tork. Berbeza dengan model, Sonata N dipadankan dengan transmisi 8 kelajuan klac berkembar.

Tapi besar kemungkinan Hyundai Sonata DN8 ini mungkin lambat lagi akan dipasarkan untuk pasaran Malaysia. Iye la, semua orang berkejar-kejar nak beli SUV. Berdasarkan sentimen pasaran, menjual SUV adalah lebih berdaya saing berbanding dengan sedan.

Untuk menonton video berkenaan ciri menarik Sonata, anda boleh tonton di SINI

Google ads
Back to top button