
UMW TOYOTA MOTOR REKOD JUALAN 10,931 UNIT PADA OKTOBER
UMW Toyota Motor menutup jualan bulanan Oktober dengan pertumbuhan kukuh apabila menjual 10,931 unit, rekod bulanan tertinggi dalam tempoh lima tahun terakhir.
Jualan UMW Toyota Motor bulan Oktober membabitkan 10,709 unit kenderaan Toyota, manakala Lexus mencatat 222 unit.
Menurut UMW Toyota Motor, penambahbaikan berterusan di kompleks pembuatan Bukit Raja dan Shah Alam membuktikan syarikat memperhalusi proses pengeluaran mereka, membawa kepada operasi yang lebih kemas dan peningkatan kapasiti.

Menyedari potensi dalam segmen kenderaan pelbagai guna (MPV), UMW Toyota Motor memperkenalkan Toyota Alphard dan Vellfire 2023, sekali gus mengesahkan kedudukan Toyota sebagai nama utama dalam pasaran MPV.
Kedua-dua model itu menetapkan penanda aras baharu untuk ciri termaju, menawarkan penyelesaian pengangkutan yang cekap dan mewah.
Dalam pada itu, UMW Toyota Motor turut menawarkan pelbagai promosi untuk November di bawah promosi ‘Raikan Simfoni Cahaya’.
Pelanggan Toyota boleh mendapatkan pembiayaan sehingga 100 peratus untuk model terpilih, dengan faedah promosi sehingga RM15,000 tersedia dalam rangkaian dua belas model Toyota, termasuk Vios serba baharu serta Toyota Yaris baharu.
Selain itu, program Toyota Service Savers menawarkan ansuran bulanan yang mudah bermula daripada serendah RM18.
- BACA: UMW TOYOTA MOTOR DAN PERSATUAN ALAM SEMULAJADI TANAM LEBIH 6,000 POKOK
- BACA: UMW TOYOTA MOTOR CATAT JUMLAH JUALAN 9,228 UNIT SEPANJANG SEPTEMBER
- BACA: UMW TOYOTA MOTOR CATAT JUALAN SEBANYAK 8,004 UNIT PADA MEI, MENINGKAT 8 PERATUS
- BACA: KUALITI DAN STANDARD KESELAMATAN TOYOTA VIOS 2023 TERJAMIN – UMW TOYOTA MOTOR