Motosikal

IMBASAN VIDEO KEMALANGAN JENTERA PERLUMBAAN MOTOAMERICA 2021. PERINGATAN PERLUMBAAN TU BAHAYA

Penganjur perlumbaan Kejuaraan Superbike MotoAmerica telah memuat naik video mengimbas kembali kemalangan sepanjang musim lalu.

Video berdurasi selama kira-kira enam minit itu memaparkan bagaimana kemalangan boleh menjadi lebih buruk kepada para pelumba dalam pelbagai perlumbaan.

Bagaimanapun, secara ajaib mereka dapat mengelak perkara lebih buruk berlaku dalam perlumbaan.

Melalui video berkenaan, penonton disajikan dengan pelbagai aksi seperti jentera terbakar, jentera melanggar pelumba lain malah banyak lagi situasi sangat berbahaya.

Perlumbaan bukanlah perkara main-main malah jika tersilap langkah boleh mengundang bahaya malah mampu meragut nyawa para pelumba.

Justeru, kalau tidak memiliki kemahiran tinggi, jangan sekali-kali nak tunjuk hebat di jalan raya.

Kejuaraan Superbike MotoAmerica bakal membuka tirai pada bulan April nanti.

Para pelumba akan mengharungi sebanyak 10 pusingan dan 20 perlumbaan sehingga bulan September kelak. – autoevolution

Google ads
Back to top button