Artikel PilihanMotosikal

IMEJ SRK600 BAHARU MULA BOCOR SEBELUM DILANCARKAN

Model baharu Benelli yang akan menggantikan TNT600 ini mungkin akan dikenali dengan nama SRK600 ataupun SR600K. Setelah pelancarannya dikatakan tertunda akibat wabak Covic-19, kini gambar-gambar lengkap motosikal ini mula tular di laman-laman web permotoran seluruh dunia.

Ia bukannya gambar render ataupun imaginasi artis kerana ini memang dikatakan sptshots dari kawasan kilang Benelli sendiri. Kalau dah kelihatan lengkap dengan segala pelekat rasmi dan kesemua aksesori macam ni memang dah tak lama sangat la ianya akan dilancarkan.

Ianya masih menggunakan kerangka Trellis yang biasanya menjadi identity jentera dua roda dari Itali. Rasanya lepas ni Benelli kena bangunkan kerangka jenis lain kot. Barulah nampak kelainan pada motosikal mereka, tak adalah nanti nampak macam Ducati copy.

Enjin inline-4 juga kelihatan masih sama dengan TNT600 tapi sudah pasti ia mendapat sedikit suntikan baharu untuk model ini. Satu kelainan ketara ialah bahagian ekzos, jika sebelum ini ekzosnya memanjang ke belakang, model baharu ini pula mempunyai ekzos yang lebih pendek dan berakhir betul-betul di bawah swing arm.

Terdapat juga gambar yang menunjukkan meter utama yang menggunakan paparan TFT Full Color dengan latar belakang berwarna biru. Walaupun mempunya lubang kunci, SRK600 ini juga dikatakan akan dilengkapkan dengan sistem bebas kunci.

Menggunakan suspensi terbalik di bahagian hadapan dengan brek cakera berkembar dan stiker ABS membuatkan motosikal ini kelihatan lebih serius. Lampu-lampunya pun nampak gaya menggunakan LED sepenuhnya. Tak lama dah kot nak dilancarkan kat sini. Pasaran Benelli pun rasanya boleh tahan di Malaysia ni.

Tags
Google ads
Back to top button