Artikel Pilihan

INI BEZANYA BILA BELI SEBUAH KERETA MEWAH

Tajuk ni memang bunyinya agak sombong tetapi jangan lah ambil hati sangat. Di Malaysia boleh dikatakan semua kereta adalah kereta mewah-mahal. Buktinya majoriti kita cuma mampu membeli kereta secara ansuran dan bukannya beli secara tunai (Tak mampu nak beli tunai brader).

Harga kereta di Malaysia keseluruhan tidak memungkinkan kita untuk membeli kereta secara tunai. Malah untuk membeli model paling murah pun terpaksa membayar ansuran sampai sembilan tahun.

BACA – FERRARI GTC4LUSSO RM1 JUTA

BACA – MERCEDES G63-RAJA PACUAN SEBENAR

Tetapi jika ditanya kepada mana-mana pemandu pun mesti mereka juga mempunyai keinginan untuk memiliki kereta mewah. Cuma macam kami cakap tadi, tidak semua mampu memilikinya termasuk kami sendiri (kalau dapat pun masa kereta tu dah third hand). volvo showroom (2) RUANG PAMERAN YANG CUKUP RELAKS Satu perkara yang anda dapat perhatikan bila masuk ke ruang pameran Lexus, BMW, Mercedes, Ferrari, Audi, Porsche ialah tiada mana-mana jurujual yang akan memaksa anda membuat keputusan serta merta. Malah anda juga boleh lupa yang sebenarnya anda berada di dalam ruang pameran kereta. Tak caya kau masuk showroom Lexus kat Damansara tu, rasa macam lobi hotel.

Pengedar kenderaan berjenama juga akan memastikan segala keperluan anda adalah dalam keadaan terbaik. Di sini anda tidak akan dilayan dengan sebotol air mineral berharga RM1 tetapi siap dengan mesin ekspresso dan pelbagai keperluan yang menjadikannya setanding dengan kebanyakan spa ataupun cafe. Tujuannya di sini ialah untuk memikat anda dengan kemewahan yang ditawarkan jenama mereka dan bukannya setakat kemewahan pada kereta sahaja. Ia juga bertujuan untuk memberikan anda suatu pengalaman baru dalam dunia yang serba mewah. Rolls-Royce-Dawn-2016-mekanika (1) KEMEWAHAN MEMASTIKAN ANDA MENDAPAT YANG TERBAIK

Dalam dunia jual beli kereta, ciri-ciri premium seperti sistem navigasi dan segala jenis alatan elektronik adalah satu keperluan. Kini mereka menaikkan lagi taraf permainan mereka dengan menawarkan ciri-ciri ini sebagai pakej standard untuk produk mereka.

Malah kini mereka turut menawarkan sistem pencahayaan dalaman mengikut mood, sistem penapis udara dalaman, paparan head-up dan sistem infotainment berdefinisi tinggi (HD). Pencarian untuk menjadi yang terbaik tidak pernah terhenti terutama sekali bagi syarikat yang ingin menawarkan kemewahan dari segenap segi. Mengambil kira sistem navigasi contohnya, semestinya pelanggan mahukan sistem yang boleh dinaiktaraf sepanjang masa dan bukannya boleh digunakan cuma satu dua tahun sahaja. 4 PENYELENGGARAAN YANG MUDAH

Kemewahan ini berterusan walaupun anda sudah memandu keluar dari ruang pameran. Mungkin anda sudah biasa dengar yang kereta-kereta moden kini tidak memerlukan penyeleggaraan yang rumit seperti model sebelumnya. Tetapi itu bukannya bermakna kereta anda tidak memerlukan penyeleggaraan secara total. Kini pengeluar kereta mewah ingin mengurangkan tekanan kepada pemilik model mereka khususnya dari aspek masa yang perlu diperuntukan untuk servis. Masa itu emas. Dalam banyak situasi, mereka benar-benar serius kerana wakil pengeluar akan datang mengambil kereta anda di lokasi yang anda pilih dan menghantarnya kembali sebaik siap. Kini anda bukan hanya perlu terperuk di pusat servis sewaktu kereta anda di servis tetapi mereka juga akan menyediakan kereta gantian kepada anda sewaktu kereta anda di servis. Selamat tinggal kaunter kereta sewa pandu sendiri, selamat tinggal grab, uber, myteksi, pemandu pejabat dan cuti kecemasan. BMW PERKENAL PROGRAM SERVIS BAHARU ANDA TIDAK AKAN BERSENDIRIAN

Perkhidmatan bantuan dalam perjalanan adalah satu konsep baru masa kini. Di Malaysia perkhidmatan ini cuma terhad di sekitar Lembah Kelang sahaja. Banyak pengeluar kereta mewah menawarkan ciri-ciri ini tetapi dengan strategi yang berbeza-beza. Kebanyakan jenama menawarkan bantuan dengan menghantar juruteknik untuk membantu walaupun masalah anda cumalah kebocoran tayar ataupun masalah bateri. Inilah baru dinamakan servis yang sebenar. Dah beli mahal-mahal mestilah servis pun bagus ye tak? Kalau semua sama baik beli Saga je.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button