Motosikal

JENTERA KLASIK HONDA REBEL 500 & REBEL 300

Honda mengejutkan komuniti motosikal dunia apabila memperkenalkan model klasiknya, Rebel 500 dan Rebel 300 di Long Beach, California Amerika Syarikat.  

honda-rebel-500-300-2017-mekanika-1

Honda Rebel pernah dikeluarkan padat tahun 1985. Namun, apa yang pasti model baharu ini jauh berbeza dengan penggantinya itu. Berbeza dengan Rebel original yang hadir dalam sesaran enjin 250 dan 450cc, Rebel 2017 pula tempil dengan enjin lebih besar iaitu 300 dan 500cc.

Rebel 500 menggunakan khidmat enjin parallel twi DOHC 471cc dengan sistem penyejukan cecair, enjin yang sama pada model CB dan CBR500R. Rebel 300 pula dipasang dengan enjin DOHC Single 386cc penyejukan cecair yang juga digunakan pada model CB dan CBR300R.

honda-rebel-500-300-2017-mekanika-6

Selain daripada enjin kedua-dua Rebel berkongsi komponen yang sama. Ini termasuklah kerangka besi tubular, cakera brek hadapan tunggal bersaiz 296mm, tempat duduk berketinggian 27.2 inci, fork teleskopik 41mm, shocks berkembar di belakang, rim bersaiz 16 inci depan belakang, tangki minyak dan sebagainya.

Jadi, sekali imbas memang sukar untuk membezakan di antara kedua-duanya. Jentera klasik ini hadir dengan tempat duduk tunggal. Kerusi pembonceng dan perehat kaki ditawarkan sebagai aksesori. Kedua-dua model didatangkan dengan varian brek ABS dan tiada ABS.

honda-rebel-500-300-2017-mekanika-8

Honda memberitahu Rebel akan mula ditawarkan di pasaran AS pada April 2017. Harganya adalah sekitar AS$5,999 (RM26,500) untuk Rebel 500, manakala Rebel 300 berharga AS$4,399 (RM19,428) seunit.

GALERI

honda-rebel-500-300-2017-mekanika-5honda-rebel-500-300-2017-mekanika-4honda-rebel-500-300-2017-mekanika-7honda-rebel-500-300-2017-mekanika-3

Google ads
"
"
Back to top button