Buletin

JAECOO MALAYSIA SERAH 500 UNIT PERTAMA JAECOO J7 PADA WAKIL PENGEDAR

JAECOO Malaysia telah menyerahkan secara rasmi 500 unit SUV Kegunaan Lasak Premium J7 yang pertama kepada para wakil pengedar.

Jenama ini telah bekerja keras sepanjang tempoh tujuh bulan lepas untuk memantapkan ekosistem

dan rangkaian kendiri, sebelum akhirnya menjayakan pelancaran rasmi SUV J7 pada pertengahan Julai.

Tiga minggu selepas pelancaran, jenama kini memenuhi janjinya untuk menyerahkan kelompok pertama SUV J7 pada suku ketiga tahun ini, iaitu dalam tempoh masa yang dijadualkan.

500 unit SUV J7 yang diserah kepada wakil pengedar merupakan varian pacuan semua roda (AWD). Manakala, kelompok SUV J7 seterusnya akan diserahkan di bulan September, terdiri daripada varian pacuan dua roda (2WD).

Pasaran automotif sememangnya jatuh hati dengan harga kompetitif model J7 AWD yang ditetapkan pada RM148,800, dan varian 2WD pada harga RM138,800.

Strategi harga JAECOO telah meletakkan SUV J7 sebagai pencabar utama dalam kategori SUV segmen C, iaitu sebagai sebuah jenama mewah yang mampu dimiliki.

Kedua-dua varian JAECOO J7 disediakan dengan waranti tujuh tahun atau jarak perjalanan sehingga 150,000km, sebagai bukti keyakinan jenama tersebut terhadap inovasi dan kualitinya.

Para pelanggan JAECOO disokong oleh rangkaian pengedar meliputi 35 lokasi di seluruh negara, sebuah kilang pengeluaran terkhusus serta gudang alat ganti tulen JAECOO, untuk memastikan sokongan lepas jualan yang pantas dan lancar.

Untuk butiran lanjut tentang JAECOO Malaysia, layari www.jaecoo.com.my

Google ads
Back to top button