Buletin

JAECOO J7 RASMI DILANCARKAN – JANA 194HP, HARGA BERMULA RM138K

Model JAECOO J7 yang dinanti-nantikan secara rasminya dilancarkan hari ini dengan tawaran harga bermula RM138,800.

Untuk penggayaan, ia datang dengan imej SUV off-road yang ranggi dengan padanan gril besar, rekaan lampu LED, serta mempunyai bumbung panoramik, memberikan rupa elegan dan sporty.

Dari segi dimensi, ia memiliki ukuran 4,500mm (panjang), 1,865mm (lebar), 1,680mm (tinggi) dan jarak roda diletakkan pada 2,650mm.

Di bahagian dalam, model J7 didatangkan bersama skrin infotainmen 14.8-inci, papan pemuka LCD penuh, dan paparan kepala ke atas W-HUD baharu, bagi memastikan interaksi lebih lancar, sistem audio Sony, panoramic sunroof, serta pengecasan tanpa wayar 50W.

Pelanggan juga mempunyai pilihan empat warna iaitu:

  • Moonlight Silver
  • Carbon Crystal Black
  • Khaki White
  • Model Green

Untuk spesifikasi, JAECOO J7 dijana oleh enjin 1.6-liter turbo, berupaya menghamburkan kuasa 194hp dan 290Nm tork.

Nadi berkenaan dipadankan dengan kotak gear dwi-klac 7-kelajuan dan kelajuan maksimum dihadkan pada 210 km/j.

Selain itu, ia juga menampilkan ciri-ciri canggih seperti cip Qualcomm 8155, 7 nm terkini, yang menyediakan kuasa pengkomputeran dan responsif luar biasa, termasuk masa boot-up 2 saat serta keupayaan untuk memproses lebih dari 20 arahan dalam 30 saat.

Tambahan, J7 turut menampilkan sistem perkakasan pintar ‘1+2+1’ iaitu satu kamera pandangan hadapan multifungsi (FCM), dua radar gelombang milimeter (CRM) dan satu radar gelombang milimeter (FRM).

Selain mod ekonomi, biasa dan Standard Sport, varian JAECOO J7 Pacuan Semua Roda (AWD) khususnya, mempunyai empat mod permukaan jalan tambahan untuk mengemudi permukaan berpasir, berlumpur, medan salji atau ‘off road’.

Beralih pada harga, perincian harga adalah seperti berikut:

  • JAECOO J7 All-Wheel Drive (AWD): RM148,800
  • JAECOO J7 Two-wheel Drive(2WD): RM138,800

GALERI:

Google ads
Back to top button