Motosikal

KILANG MOTOSIKAL SUZUKI DI PULAU PINANG DITUTUP

Suzuki Motor dengan fasiliti kilang pengeluarannya di Perai, Pulau Pinang mengambil keputusan menutup operasi sepenuhnya. Ia ekoran permintaan yang semakin menurun dan produksi yang tidak dapat dijustifikasikan dengan kos pengeluaran.

Awal tahun ini kita diberitakan tentang pengunduran Suzuki Malaysia Automobile (SMA) dari pasaran Malaysia. Kenderaan Suzuki kini diambil alih oleh Proton menerusi rangkaian Proton Edar di kesemua 29 cawangannya di seluruh negara.

Di Indonesia pada Februari lalu, kilang PT Suzuki Indomobil Sales telah melakukan langkah mengurangkan tenaga kerja berikutan kejatuhan jualan keseluruhan sebanyak 40 peratus.

Kilang Suzuki di Prai, Pulau Pinang itu khusus memasang model keluaran domestik. Berbeza dengan negara jiran seperti Indonesia dan pasaran Asia terbesarnya di India, jenama suzuki di Malaysia terpaksa bergelut dengan pasaran yang cukup sengit. Tahun lepas, prestasi mereka menurun hampir separuh dengan hanya produksi 8,000 unit motosikal berbanding tahun 2013.

Suzuki-SV650-2017-mekanika (3)

Buat masa ini, Suzuki Asemblers Malaysia menjual rangkaian model moped dan skuter seperti Adress, Skydrive, Nex, Step125, Shogun Axelo, Smash dan Belang. Entah di mana silapnya, Suzuki sebagai jenama Jepun yang cukup kuat tak mampu bersaing di pasaran motosikal Asia. Kita ada jenama baru seperti Demak, Sym, Modenas yang masih mampu bersaing.

Pada Mac 2014, Suzuki Assembler Malaysia kelihatan agresif menerusi pengenalan rangkaian motosikal berkuasa tinggi yang diimport dari Jepun sepenuhnya. Model HAYABUSA 1300, GSX1250FA, GSX-R1000 ABS dan V-STROM 1000 ABS diperkenalkan ke pasaran tempatan.

Suzuki Motors dikatakan akan memberi fokus pada pasaran motosikal berkuasa tingginya. Ia akan dieksport dari kilangnya di Jepun. Suzuki juga dikatakan sedang giat berusaha untuk menepati skala sasaran pengeluaran sebanyak 1.44 juta unit. pada tahun ini.

 

 

Sumber Nikkei Asia

 

Tags
Google ads
Back to top button