Artikel Pilihan

KERETA-KERETA PALING AERODINAMIK YANG BOLEH ANDA BELI PADA MASA KINI

SHARE

Tidak dapat dinafikan yang kereta-kereta moden sudan menjadi semakin aeronamik. Untuk memastikan sesebuah kereta itu cukup aerodinamik, rintangan ataupun seretan (drag) mesti dikurangkan seminima mungkin. Unit yang digunakan untuk mengukur rintangan ini ialah Cd. Dengan kata lain lagi rendah nilai Cd lagi baik untuk kereta anda.

Ia menunjukkan kereta anda mampu meluncur dicelah aliran udara sekaligus menjimatkan bahan api. Jadi mari kita tengok beberapa model yang paling aerodinamik dan boleh dibeli pada masa kini.

Mercedes-Benz A-Class saloon 2019

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

Inilah juara kereta paling aerodinamik pada masa kini bagi kategori kereta produksi. Syarikat pengeluar Jerman itu wajar merasa bangga kerana produk mereka ini hanya menghasilkan 0.22 Cd seretan drag yan menjadikannya kereta paling aerodinamik setakat ini. Ia mungkin hasil kajian yang menyeluruh dalam terowong angin dan rekaan hadapan berserta lampu utama yang bersatu antara satu sama lain sekaligus mengurangkan rintangan.

Mercedes-Benz CLA BlueEfficiency 2013 – 0.22Cd

Mungkin inilah rahsia kejayaan Formula 1 Mercedes, mereka tahu bermain dengan aerodinamik. Ini kerana seawal tahun 2013 sekalipun, model CLA BlueEfficiency mereka sudahpun dinobatkan sebagai kereta paling aerodinamik ketika itu. Ia juga mempunyai rekaan peredam ekzos dan spoiler belakang rekaan khas untuk membantu meningkatkan aerodinamik kereta ini.

BMW 5-Series EfficientDynamics Edition 2017 – 0.22Cd

Saingan dalam model eksekutif mewah memang sengit dan BMW tidak mahu ketinggalan. Mereka juga turut memperkenalkan rekaan berinovasi seperti penutup bilah gril untuk meningkatkan aerodinamik dan rim rekaan khas. Walaupun dengan bacaan seretan drag 0.22Cd, kenapa ia masih boleh tewas kepada Mercedes CLA? Ini kerana kereta ini mempunyai bahagian muka hadapan yang lebih besar menjadikan kontur badannya tidak selancar CLA yang mempunyai wajah yang lebih kecil.

Tesla Model 3 2017 – 0.23Cd

Kelebihan kereta elektrik seperti ini ialah ia tidak memerlukan gril untuk menyuap udara kepada enjin. Tiada gril bermakna tiada rintangan pada aliran udara sekaligus membolehkan ia meluncur dengan tanpa gangguan.

Audi A4 2.0 TDI Ultra – 0.23Cd

Sebuah lagi pesaing dari Jerman dengan misi untuk menjadi model dengan jumlah emisi CO2 paling rendah. Audi A4 Ultra ini dibangunkan daripada prototaip perlumbaan Le Mans di mana aerodinamik adalah segala-galanya. Hasilnya lahirlah model Ultra dengan daya seretan drag cuma 0.23Cd.

Mercedes-Benz E-Class Saloon 2.06 – 0.23Cd

Inilah kelebihan mempunyai terowong angin sendiri. Mereka menggunakan sepenuhnya kelebihan itu walaupun sewaktu membangunkan rangkaian kereta sedan mereka. Malah pengeluar dari Stuttgart ini sebenarnya sudah mula obses dalam mengurangkan rintangan seawal tahun 1984 dengan model E-Class mereka.

Tesla Model S 2016 – 0.24Cd

Kebanyakan ciri pada Model 3 diambil daripada saudara besarnya iaitu Model S. Jadi bukannya sesuatu yang pelik kenapa kereta-kereta keluaran Tesla mempunyai seretan drag yang rendah. Ye lah, bukannya ada apa-apa gril ataupun bukaan seperti kereta biasa untuk menyedut udara pada kereta-kereta ini. Kalau ada pun ia berfungsi untuk meningkatkan lagi tahap aerodinamik dengan mengarahkan aliran udara ke bahagian yang diperlukan.

Toyota Prius 2016 -0.24Cd

Kalau nak kira tak banyak perubahan dilakukan pada Toyota Prius ini berbanding model sebelumnya. Antara perbezaan berbanding sebelumnya ialah perubahan pada rekaan bumbung dan penambahan panel bawah badan untuk mengurangkan geseran. Tapi ia menjadi kerana kadar seretan drag berjaya dikurangkan sebanyak 0.02 Cd. Ia juga bermaksud penjimatan kuasa semasa memandu.

Hyundai Ioniq 2016 – 0.24Cd

Dengan pengenalan beberapa inovasi baru bukannya sesuatu yang pelik bila Ioniq menjadi pesaing terkuat Prius. Ia bukan hanya lebih bergaya (pada pendapat kami) malah mempunyai rekaan bijak seperti bilah gril depan yang boleh ditutup untuk menjimatkan tenaga. Rekaan rimnya juga bertujuan untuk mengurangkan rintangan semaksima mungkin.

Kia Optima Hybrid 2016 – 0.25Cd

Beberapa modifikasi dilakukan pada model ini untuk menjimatkan kuasa bateri dan bahan bakar enjin. Ia turut dilengkapi dengan gril hadapan aktif, langsir udara istimewa di hadapan dan bampar belakang rekaan khas. Nampak rimnya yang kurang bergaya tu tak? Sama seperti Prius dan Ioniq, ia juga bertujuan mengurangkan rintangan pada rekaan keseluruhan.

Itulah antara model-model paling aerodinamik boleh dibaeli sekarang. Cuma satu je lah masalahnya bagi sebahagian besar dari kita. Harganya mahal sangat weh. Sabar je lah.   

Tags
Google ads
Back to top button