JUALAN MENURUN, HYUNDAI DAN KIA MAHU TAWAR EV HARGA BAWAH RM100K TAHUN DEPAN
Hyundai Motor Co. dan Kia Corp. dijangka mengembangkan barisan kenderaan elektrik (EV) dengan tawaran harga mampu milik tahun hadapan.
Kedua-dua pengeluar dari Korea Selatan itu mahu menawarkan EV pada harga dibawah AS$23,210 (RM107,531), sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan jualan kereta berkuasa bateri.
Menurut data dari Institut Teknologi Automotif Korea, pertumbuhan jualan EV jatuh di bawah 60 peratus tahun ini, turun dengan ketara daripada 61 peratus tahun lalu dan 115 peratus pada 2021.
Pakar industri menyatakan bahawa pertumbuhan yang lemah itu berlaku kerana pelanggan telah membuat pembelian EV pada harga lebih mesra dompet.
Selaras dengan trend itu, pembuat kereta dijangka mengeluarkan EV mampu milik berharga antara 20 juta won (RM71,650) dan 40 juta won (RM143,300) pada 2024, termasuk enam model EV peringkat permulaan di Korea.
Hyundai Motor merancang untuk memperkenalkan Casper Electric, menampilkan bateri litium-besi-fosfat (LFP) yang menjimatkan kos, harga kenderaan itu bermula pada 20 juta won (RM71,650).
Sementara, Kia menyasarkan untuk merangsang jualan daripada EV3, kenderaan utiliti sukan elektrik (SUV) kompak dan EV4, sedan elektrik bersaiz sederhana.
Selain itu, KG Mobility Corp dan GM Korea Co. juga bersedia untuk memperkenalkan model EV yang lebih murah.
KG Mobility akan memperkenalkan trak pikap elektrik pertama Korea O100 (nama projek) pada tahun 2024 dengan tanda harga sekitar 30 juta won seunit (RM107,475).
Bagi GM Korea pula, ia telah mengumumkan pelancaran domestik Chevrolet Equinox EV, yang bermula pada 45 juta won (RM161,212).
- BACA: HYUNDAI, KIA SEDIA TINGKAT PENGELUARAN EV – PERMINTAAN MASIH KUKUH
- BACA: KIA, HYUNDAI BUANG HARGA BAGI MODEL EV DI KOREA SELATAN
- BACA: CHINA EKSPORT LEBIH 900,000 KENDERAAN KE KOREA SELATAN – HYUNDAI, KIA TERCIDUK
- BACA: KENDERAAN ELEKTRIK HYUNDAI-KIA AKAN DIPASANG BATERI BAHARU, TAWAR JARAK PEMANDUAN 1000KM