Motosikal

VFLY PERKENAL SKUTER ELEKTRIK N100 MAX. KOLABORASI BERSAMA PORSCHE DESIGN

Pengeluar China, VFLY mendedahkan skuter elektrik pertama, N100 MAX yang merupakan hasil kerjasama bersama Porsche Design.

Skuter elektrik dalam peringkat konsep itu menampilkan rekaan futuristik dipadankan teknologi terkini dalam memenuhi permintaan hari ini.

Ia didatangkan lampu utama LED dipadankan LED DRL pada bahagian badan skuter berkenaan menyerlahkan lagi sisi premium dan futuristik.

VFLY mendakwa skuter terbaharu berkenaan dilengkapi pelbagai teknologi terkini termasuk paparan skrin sentuh berwarna yang membolehkan penunggang mengakses ciri-ciri menarik seperti navigasi, muzik, panggilan telefon dan SMS.

Selain itu, ia dikatakan dijana bantuan AI yang berupaya mengenal suara untuk memudahkan para penunggang.

Antara teknologi yang diserapkan termasuk sistem kunci pintar, sistem skuter boleh dipadankan dengan Siri, smartwatch atau kad NFC.

N100 Max mendapat khidmat motor elektrik yang mampu menjana kuasa 65 Nm dan hadir dengan bateri litium 48V 25Ah.

Jarak perjalanan pula dianggarkan antara 97 hingga 129 km untuk sekali cas.

VFLY masih belum mendedahkan harga dan bila ia akan memasuki pasaran. – rideapart

Google ads
Back to top button