Buletin

KAJIAN PINTAR HYUNDAI: SKRIN DIGITAL GANTI BUTANG DI STERENG

Teknologi dalaman kereta sekarang ini sedang mengalami tempoh peralihan daripada analog kepada digital. Contoh paparan digital ialah seperti yang digunakan pada Proton X70, Honda Civic dan sebagainya.

Jarum analog digantikan dengan penunjuk digital dan paparan yang dahulunya kusam dengan warna hitam putih kini menjadi lebih ceria dan penuh bermaklumat.

Peralihan ini dilihat sangat sesuai dengan generasi sekarang yang sudah terbiasa menggunakan peranti dan telefon pintar.

Dalam bidang ini, Hyundai mahu pergi lebih jauh dengan menggantikan butang manual pada stereng kepada paparan dan suis digital.

Sejak tahun 2015 terdapat empat fasa perubahan besar dalam program pembangunan kokpit kenderaan Hyundai.

Apabila dibuat penilaian dalam kenderaan Hyundai dan pesaing di dapati bahawa terdapat jumlah suis dan butang yang banyak dan pelbagai.

Oleh itu Hyundai mensasarkan untuk mengurangkan jumlah suis dan butang dan mewujudkan paparan yang kemas dan tidak berserabut.

Rancangan Hyundai ialah dengan menggantikan suis pada kiri dan kanan stereng kepada jenis skrin sentuh.

Berikut ialah garis masa teknologi dalaman kenderaan Hyundai:

  • Pada fasa 2016, Hyundai menggantikan butang fizikal kepada pad sesentuh. Perubahan ini meningkatkan kejelasan dan fleksibiliti penggunaan
  • Pada fasa 2017, Hyundai mula menggunakan teknologi paparan yang boleh diubah mengikut pilihan peribadi dengan mudah
  • Pada 2018, Hyundai memperbaiki konsep paparan sesentuh dengan menggunakan tidak balas haptic pada stereng

Dalam perkembangan semasa bidang ini, paparan visual dan sesentuh pada stereng  kini bertambah besar supasa lebih mesra pemandu.

Dalam perkembangan pembangunan terkini pula, kluster paparan maklumat digantikan dengan multi-layer display (MLD®).

Keunikannya ialah kemampuan untuk memaparkan maklumat melalui dua paparan yang disusun secara membelakang.

Jarak di antara dua paparan tersebut membolehkan kesan 3D diwujudkan di antara dua paparan terdsebut.

Secara kesimpulannya apa yang dibuat Hyundai ialah mengurangkan butang serta suis kawalan dalam kenderaan.

Penggunaan suis virtual sebenarnya bukan sahaja supaya nampak cantik dan kemas tetapi juga untuk menggandakan kegunaanya.

Untuk menambah lagi dapatan dalam teknologi ini, sebuah stereng dipasangkan pada kereta untuk ujian sebenar.

Jadi adakah kita bakal menemui satu lagi evolusi stereng dalam masa terdekat?

Belum lagi memandangkan Hyundai berada dalam fasa awal prototaip teknologi ini dan tidak kira di tahap mana, ideanya memang bagus.

Google ads
Back to top button