Buletin

KANAK-KANAK TERJUN BAS ELAK KENA BULI

Seorang kanak-kanak lelaki bertindak melompat keluar dari tingkap bas sekolah kerana mahu mengelak daripada dipukul oleh pelajar lain dalam kenderaan terbabit

Menurut laporan Metro, Dion Murphy berkata, anaknya melompat keluar dari tingkap sebuah bas di Walton County, Georgia selepas diserang oleh sekumpulan pelajar.

Murphy menggambarkan tindakan drastik anaknya sebagai percubaan terdesak untuk melarikan diri daripada pelajar lain yang didakwa membuli. 

Ketika kejadian, murid berusia 11 tahun itu melompat keluar dari tingkap belakang bas sekolah dan menaiki sebuah trak yang sedang bergerak sebelum jatuh bergolek di jalan raya. 

Sejurus selepas kejadian itu, bas sekolah terbabit dikatakan berhenti di hentian seterusnya. 

Pasukan patrol Georgia dan pasukan perubatan kecemasan tiba di lokasi kejadian selepas dihubungi dan membawa pelajar lelaki itu ke hospital berdekatan.

FOX5 Atlanta melaporkan, kanak-kanak lelaki itu patah lengannya dan gegaran otak (concussion) dalam kejadian yang berlaku pada Rabu lalu.

Menurut Murphy, ini bukan kali pertama anaknya diganggu oleh pembuli.

Malah Murphy mendakwa keluarganya pernah melaporkan kepada pihak sekolah mengenai insiden yang menimpa anaknya sebelum ini. – agensi

Google ads
Back to top button