Motosikal

TUNGGU JV DENGAN MODENAS, KAWASAKI HENTIKAN SEKETIKA JUALAN MOTOSIKAL DI MALAYSIA

Kawasaki Motors Malaysia (KMM) kini dikatakan tidak lagi menjual motosikal di bawah jenama Kawasaki buat masa sekarang sehingga satu tempoh yang akan diumumkan kelak.

Memetik laporan laman web Pandulaju.com.my perkembangan itu berikutan langkah Kawasaki Heavy Industry Ltd. (KHI) yang akan menambah pegangan saham sebanyak 30 peratus ke dalam Modenas.

Kalau difikirkan semula, KMM memang agak sepi pada awal tahun 2020. Sedangkan sudah menjadi kelaziman KMM untuk mengadakan majlis makan malam sempena sambutan Tahun Baru Cina, pada masa sama memperkenalkan barisan model baharunya.

Senang cakap, KMM akan menghentikan sementara jualan motosikalnya di pasaran tempatan sehinggalah Modenas mengumumkan usahasama (JV) secara rasmi dengan KHI.  

Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, Modenas akan mula memasang motosikal Kawasaki di kilangnya di Gurun, Kedah dan MUNGKIN menggunakan jenama Modenas.

Jika benar, ia menimbulkan pula banyak persoalan lain. Misalnya, adakah KMM akan terus boleh menjual motosikal Kawasaki, apakah hala tuju model CKD Kawasaki yag kini dipasang di kilang KMM dan sebagainya.

Apa pun, buat masa sekarang kami tidak mempunyai sebarang maklumat lanjut. Kami akan kongsikan perkembangan terkini kepada anda. So, stay tuned..  

Google ads
Back to top button