Artikel Pilihan

TOYOTA GR86 BAHARU DENGAN PENGECAS TURBO DAN ENJIN HIBRID – ON KE TAK ON?

Toyota GR86 memang tidak dinafikan ialah sebuah kereta sports yang cukup menarik. Ia bukan hanya mempunyai kawalan yang stabil tapi juga dibekalkan dengan casis yang cukup teguh. Mungkin sebab itulah penambahan sistem turbo akan menjejaskan sinergi antara kawalan dan casis. Generasi kedua GR86 masih mengekalkan formula yang sama tapi berdasarkan laporan rakan media kami di Jepun generasi ketiga GR86 akan dilengkapi pengecas turbo.

Sumber dari mana? Best Car Web la. Mereka menyatakan yang generasi terbaru GR86 sedang dalam pembangunan dan bakal muncul menjelang 2025. Mula-mula memang Best Car sendiri pun ragu-ragu dengan info ini tapi selepas melakukan siasatan mereka sendiri. Ianya tenyata cukup positif. Malah mereka siap siarkan terus gambar-gambar render GR86 generasi ketiga ini. Amacam? Ke macam kurang sikit?

Jadi lagi hebat ke macam mana GR86 baharu ni? Dikatakan yang GR86 baharu ini mendapat suntikan motivasi dari GR Yaris. Enjin G16E-GTS 1.6 liter 3-selinder (yang juga digunakan oleh GR Corolla) mampu menghasilkan sekitar 257 ke 268 hp bila dipasang pada Yaris yang bersaiz lebih kecil. Nampak je kecil tapi sebenarnya outputnya lebih besar dari enjin lama 2.4 liter yang hanya menghasilkan 228 hp kuasa maksima.

Ia juga bakal memberikan feel yang lebih baik kerana Toyota dijangka menggunakan platform Lexus IS sedan yang dipendekkan untuk GR86 ini. Tapi mesti la ia akan diubahsuai agar lebih masuk dengan GR86 yang bersifat sporty.

Selain dari pengecas turbo, GR86 terbaru ini juga dijangka akan menggunakan tetapan hibrid yang dipinjam dan Toyota Crown terbaru. Kedua-dua sistem ini memang terpaksa digunakan kerana perundangan terbaru Jepun memaksa pengeluar untuk memastikan keluaran terbaru mereka lebih menjimatkan bahan api selain mengurangkan emisi ekzos.

Tapi jangan bimbang sebab langkah ini ada juga manafaatnya. Penambahan kuasa la, apa lagi. Penambahan sistem hibrid dijangka akan meningkatkan kuasa enjin kepada 296 hp malah tidak mustahil ia mampu mencecah 325 hp!

Jika benar tentu sekali sistem transmisi Aisin seperti yang digunakan sekarang mesti dinaik taraf sesuai dengan penambahan kuasa dan tork. Sistem transmisi baharu mesti digunakan dan harapnya GR86 baharu ini tetap ditawarkan dengan transmisi manual.

Nampaknya ini sahaja jalan yang ada untuk Toyota bagi memastikan kereta sports mereka ini kekal relevan mengikut sistem perundangan terkini. Cuma masalahnya ialah kereta akan menjadi lebih berat dan mahal, demikian kata ketua jurutera GR86, Yasunori Suezawa.

Err, sekarang ni murah ke?

Google ads
Back to top button