
PORSCHE TAYCAN TURBO GT KINI PEGANG MAHKOTA 0-100KMJ BAWAH 2 SAAT – TESLA KAT MANA
Porsche berjaya menewaskan Tesla dalam ‘gelanggang’ mereka sendiri. Gelanggang 0-100 kmj. Sejak sekian lama, pengeluar EV dari AS itu mencipta rekod demi rekod menewaskan pesaing dalam saingan pecutan 0-100 kmj. Kini juara 0-100 kmj menjadi milik Porsche dengan catatan bawah 2 saat dengan Porsche Taycan Turbo GT. Ia berdasarkan ujian yang dilakukan oleh Car and Driver.

Sebenarnya Porsche Taycan Turbo GT ni bukannya sebuah kereta yang perlahan pun. Dengan pengaktifan Launch Control, kuasa maksimanya akan ditingkatkan kepada 1,019 hp dari 777 hp. Ia juga mempunyai kelajuan maksima 289 kmj (mengikut dakwaan pengeluar) dengan pecutan 0-100 kmj mengambil masa hanya sekitar 2.2 saat. 2.1 saat jika pemilik memilih pakej Weissach.
Dengan kata lain juga Taycan ini berkongsi kategori yang sama dengan Lucid Air Sapphire dan Tesla Model S Plaid. Nampak macam keduanya pun tak mampu menandingi kemampuan Taycan Turbo GT.

Menurut Car and Driver, Taycan Turbo GT memecut dari 0-100 kmj hanya dalam masa 1.910 saat. Ia kemudian berpatah balik dan pecutan kedua hanya mengambil masa 1.898 saat. Ia merupakan prosedur ujian standard yang dilakukan oleh majalah berkenaan.
Lupakan Ferrari SF90, Tesla Model S Plaid, Lucid Air Sapphire dan kereta-kereta produksi lain sebab inilah keretalah paling pantas untuk catatan masa 0-100 kmj.
Selain daripada kuasa pecutan terdapat beberapa faktor lain yang patut diambil perhatian. Catatan rekod Taycan ini contohnya dilakukan di atas permukaan konkrit standard. Kereta-kereta lain yang cuba mencatat rekod rata-ratanya melakukan di atas landasan drag yang mempunyai cengkaman lebih.

Taycan yang diuji ini pula bukannya dari varian yang paling ringan. Terdapat varian Weissach Package dengan pengurangan berat sekitar 75 kilogram. Itu belum campur berat badan pemandu. Kalau yang kurus macam Abang Japar pandu sahih lagi laju.
Nampak tak sebab apa abang pilih Porsche berbanding Tesla. Bijak kan abang korang yang kacak ni?









