Motosikal

KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA YAMAHA

Yamaha Motor Sdn. Bhd (HLYM) baru-baru ini melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Yamaha Balik Kampung 2014.

kempen-keselamatan-jalan-raya-yamaha-mekanika (1)

Dianjurkan bersama Persatuan Pengedar Motosikal & Skuter Malaysia (MMSDA), kempen kali ke-16 ini dimulakan di tol plaza Sungai Besi, Selangor. Dengan tema “Brek Cermat, Balik Selamat”, ia jelas memberi penekanan terhadap kemahiran, pengetahuan dan pemahaman tentang teknik membrek yang betul.

Kempen ini bertujuan mendidik penunggang mengenai fungsi, kondisi dan limitasi brek motosikal. Selain pentingnya berehat ketika pulang ke kampung sewaktu cuti Hari Raya Aidilfitri kelak. Langkah-langkah ini pastinya dapat membantu mengurangkan kemalangan.

kempen-keselamatan-jalan-raya-yamaha-mekanika (7)

Sepanjang acara tersebut, pemeriksaan 15 poin ke atas semua jenama motosikal dilaksanakan. Bukan itu sahaja, demonstrasi Sains Tunggangan Selamat Yamaha turut diadakan. Ia bermatlamat mendidik penunggang mengenai kemahiran menunggang menggunakan pendekatan saintifik.

“Mengetahui kemampuan dan limitasi diri memainkan peranan penting untuk kekal selamat. Tahu mengenai motosikal sahaja tidak cukup. Penunggang juga perIu memastikan badan dan minda mereka mendapat rehat yang secukupnya,” kata Pengarah Urusan HLYM, C.H Ng.

kempen-keselamatan-jalan-raya-yamaha-mekanika (2)

Bagi memastikan kempen ini terus berjaya, ia disokong oleh pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR), Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian pengangkutan dan agensi-agensi berkaitan.

FKR Tyre Manufacturer akan menempatkan kakitangannya untuk menjalankan pemeriksaan dan mengajar penunggang tentang penjagaan tayar. Sebagai tambahan, sebanyak 100 unit topi keledar akan diberikan secara percuma untuk menggantikan topi keledar yang tidak lagi selamat dan uzur.

kempen-keselamatan-jalan-raya-yamaha-mekanika (15)

Penunggang yang mengambil bahagian dalam pemeriksaan 15 poin akan menerima sebotol pembersih karbon Yamalube, vest keselamatan, buku tip-tip keselamatan Yamaha dan pelekat reflektif.

HLYM akan mengadakan kempen sama di lokasi-lokasi berikut mulai 9 pagi. Jadi, jangan lepaskan peluang ini!

kempen-keselamatan-jalan-raya-yamaha-mekanika (9)

Tarikh / Hari

Negeri

Lokasi

8 Julai / Selasa

Selangor

Sungai Besi, Toll Plaza (South Bound)
16 Julai / Rabu

Negeri Sembilan

Kuala Pilah
17 Julai / Khamis

Melaka

University Teknikal Melaka, Ayer Keroh
18 Julai / Jumaat

Johor

Muar
22 Julai / Selasa

Pahang

Bera

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button