Motosikal

DUCATI MONSTER 1200 – RM119,888

Ducati Malaysia (Next Bike Sdn. Bhd.) dilihat meneruskan momentum pertumbuhannya menerusi pelancaran model Ducati Monster paling berprestasi, Ducati Monster 1200 baru-baru ini. 

Ducati-Monster-1200-mekanika (3)

“Kami mensasarkan untuk menjual sekitar 100 hingga 120 unit Monster 1200 pada tahun ini. Jentera baharu ini pasti dapat mengukuhkan lagi jenama Ducati di Malaysia. Kami juga komited untuk menawarkan model-model yang lebih mengujakan pada masa akan datang,” kata Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Syarikat Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin.

Biarpun disifatkan ebaga jentera yang lebih serius, Monster 1200 tetap memiliki DNA sebuah Monster. Ia dapat dilihat dengan jelas melalui kerangka Trellis. Namun, beberapa perubahan telah dibuat. Antaranya ialah titik sambungan kerangka telah diubah agar sama dengan model superbike Panigale.

Ducati-Monster-1200-mekanika (1)

Tapak rodanya juga bertambah sebanyak 60mm untuk memberi lebih kestabilan dan keselesaan. Buat pertama kalinya, ketinggian tempat duduknya boleh dilaras daripada standard 810mm kepada 745mm, paling rendah untuk sebuah Ducati. Berat Monster 1200 pula cuma 182kg.

Ducati-Monster-1200-mekanika (17)

Jentera ini dijana oleh unit enjin Testastretta 11° Dual Spark ignition (DS) bersesaran 1,198cc. Enjin dengan sistem penyejukan cecair yang turut digunakan pada model superbike 1198 itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 135hp @ 8,750rpm dan tork puncak 118Nm @ 7,250rpm.

Ducati-Monster-1200-mekanika (8)

Penghantaran kuasa dilakukan menerusi sistem Ride-by-Wire (RbW) yang dibekalkan  oleh Mikuni. Sistem elektronik ini menggunakan pendikit e-Grip Ducati yang inovatif. Ia bekerjasama dengan sistem Ducati Traction Control (DTC) yang merupakan ciri standard pada Monster 1200 untuk menawarkan tiga mode tunggangan iaitu Sport, Touring dan Urban.

Ducati-Monster-1200-mekanika (10)

Ketiga-tiga mode tunggangan ini berfungsi selari dengan sistem suspensi untuk memberikan tahap prestasi dan kestabilan yang optimum. Roda hadapan dipasang dengan forks Kayaba upside-down bersaiz 43mm yang boleh dilaras sepenuhnya. Sementara suspensi belakang terdiri daripada unit tunggal daripada Sachs.

Aspek keselamatan tidak diabaikan. Model naked ini dilengkapi Ducati Safety Pack (DSP) yang terdiri daripada sistem brek ABS tiga peringkat dan lapan tahap DTC. Keberkesanan sistem brek ABS tersebut ditingkatkan lagi menerusi cakera brek Brembo bersaiz 320mm.

Ducati-Monster-1200-mekanika (5)

Monster 1200 hadir dalam dua warna iaitu putih dan merah. Harga yang ditawarkan bermula RM106,888 hingga RM119,888 untuk varian tertingginya (di atas jalan tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button