Artikel Pilihan

ALASAN MUNASABAH UNTUK REBADGE KERETA LAIN

Dalam usaha untuk menaikkan ekonomi negara dan menukar status negara Malaysia daripada negara petanian kepada negara perindustrian berat, kerajaan menubuhkan Proton pada tahun 1983 untuk. Tujuannya ialah untuk memacu ekonomi negara kepada perindutrian berat dan membangunkan ekonomi tempatan.

Masalahnya ialah Proton tidak memiliki kepakaran untuk menghasilkan kereta sendiri daripada ground up. Cara yang paling senang ialah Proton menjemput Mitsibushi menjadi rakan teknikal bagi menghasilkan kereta nasional pertama iaitu Proton Saga. Kereta ini berasal daripada model Mitsubishi Lancer Fiore generasi kedua.

Kerjasama ini sangat berjaya sehingga 1.2 juta unit Proton Saga telah terjual semasa ia dalam pengeluaran. Semua orang gembira, Proton dapat menghasilkan kereta, rakyat mendapat kereta nasional pertama harga mampu milik, Mitsubishi mendapat rakan kerjasama dalam meluaskan pasaran dan ekonomi negara berkembang.

Itulah antara kebaikan proses rebadge atau reverse engineering pada kita. Ia merupakan proses dimana satu syarikat mengambil kereta dari syarikat lain dengan menukar nama, logo, rekaan luaran dan beberapa rekaan mekanikal bagi memenuhi keperluan spesifikasi teknikal tempatan. Tapi tahukah anda jenama lain pun ada buat proses rebadging walaupun mereka lebih otai daripada Proton.

Jadi kita cuba semak kenapa masih ada syarikat lain melakukan proses rebadging. Adakah mereka mencari jalan pintas untuk menhasilkan duit yang banyak? Mungkin ini jawapan kepada aktiviti rebadge mereka.

1. Kos pembangunan untuk menghasilkan model baru bermula dari lakaran, lukisan, pembangunan konsep, komponen, enjin dan sebagainya adalah mahal. Sebagai contoh Toyota menghabiskan sekitar 1 biilion USD untuk membangunkan model LS400 pada tahun 1989. Jika model tersebut berjaya, mungkin pengeluar berjaya break even atau balik modal dalam 3 tahun.

Chevrolet Nova

Kalau gagal, mungkin 15 tahun pun mereka tak berjaya untuk proses tooling amortization. Katakanlah duit tidak menjadi masalah, tapi terdapat satu lagi kekangan dalam menghasilkan kereta baru iaitu masa. Kadangkala pengeluar memerlukan masa 2 tahun untuk konsep, 2 tahun pembangunan dan lagi 2 lagi tahun untuk memastikan produk bebas dari masalah.

Dalam masa 6 tahun, pesaing kita mungkin sudahpun menakluk pasaran dan kita sudah ketinggalan. Itulah yang disedari oleh General Motor satu ketika dulu ketika mereka memerlukan sebuah model yang jimat minyak. Maka GM menemui Toyota dan menjemput mereka untuk memasang Corolla di fasiliti GM dan memasarkan Corolla di bawah jenama GM

Sebuah syarikat baru dibentuk iaitu New United Motor Manufacturing dan fasiliti pemasangan dibuat pada tahun 1984. GM dapat belajar dari sifu berkenaan Toyota Production System dimana GM memang pakar dalam menghasilkan kereta bermasalah dan recall.

Platform BMA Geely

Toyota pula buat pertama kali berjaya mendarat di bumi Amerika dan membuka kilang di sana. Sebelum ini kebanyakan model Toyota diimport terus dari Jepun dan memerlukan kos yang tinggi. Proses ini menjimatkan kos dan Toyota boleh melebarkan pasaran di Amerika. Namun model tadi bukan digelar Corolla namun Chevrolet Nova. Tak kesah la, yang penting masyuk

2. Platform yang digunakan atau dibangunkan boleh dikongsi antara rakan teknikal, subsidiari dan juga rakan kongsi di dalam dan luar negara. Apabila pengeluar menghasilkan satu platform cesi yang bagus, mereka boleh menjual intelectual property rights platform cesi tersebut kepada sekutu mereka dan hasilnya ialah sekutu mereka akan membayar royalti kepada pengeluar asal. Bijak kan.

Platform cesi merupakan antara salah satu aspek yang sukar untuk dihasilkan ketika pembangunan kereta baru. Jurutera perlu menetapkan kedudukan enjin, kedudukan pemandu, sistem suspensi, transmisi, dan mengira adakah beban yang dikenakan pada cesi tersebut adalah sekata ataupun tidak. Kalau tidak sekata maka prestasi pecutan akan jadi seperti Mustang, brek yang tidak mantap dan dinamik pengendalian seperti lori

Rebadge dari Lotus Elise

Sebaik sahaja sekutu dan subsidiari mereka mendapat platform tersebut, maka mereka akan menghasilkan rekaan luar mengikut citarasa pasaran tempatan yang lebih baik dan lebih bergaya seperti Myvi Gen 1 dan 2 (Passo), Wira (Lancer), Mitsubishi Charisma (Volvo S40, Proton Waja), dan GM Windstorm (Chevrolet Equinox, Opel Antara). Kos pembangunan platform akan dikurangkan dan banyak model dapat dihasilkan pada masa yang sama.

3. Undang-undang kawalan pencemaran alam sekitar seperti Euro 6 juga merupakan salah satu sebab mengapa Aston Martin bertindak dengan bodoh-bodoh bangang dengan melakukan rebadge pada model Toyota iQ. Aston Martin ialah kereta yang hebat dan ada nilai nastolgia tersendiri. Masakan tidak James Bond (lakonan Sean Connery) memilih Aston sebagai kereta rasmi mereka

Namun Aston gagal dalam melepasi undang-undang pencemaran alam sekitar yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah. Undang-undang EC 443/2009 pada 23 April 2009 berkenaan kawalan asap menyebut bahawa semua pengeluar kereta diwajibkan mengurangkan pelepasan asap secara purata di dalam barisan model mereka. Katakanlah Aston ada 6 kereta dengan enjin V12 5000cc.

Apa yang mereka perlu buat ialah buat kereta ke enam dengan teknologi hibrid supaya bacaan purata pelepasan asap semua kereta tidak jauh berbeza dengan Prius. Tapi untuk menggunakan Prius, ia kelihatan agak janggal bagi sebuah Aston yang berkuasa hibrid. Bayangkan jika Mak Cik Kiah jual goreng pisang berbikini di tepi pantai. Mungkin anda pengsan atau muntah hijau.

Tapi disebabkan Aston malas nak mampus, atau tidak mahu menggangu prestasi enjin dalam kereta mereka. Toyota iQ menjadi pilihan mereka memandangkan kereta kecil ini mampu bergerak 28km bagi setiap liter dan melepaskan 99mg karbon dioksida bagi setiap kilometer. Aston melakukan rebadge pada Toyota iQ dan memasang bumper yang sinonim dengan Aston

Tadaaa maka terciptalah produk baru mereka iaitu Aston Martin Cygnet. Ia menghasilkan 98 kuasa kuda berbanding 66 kuasa kuda pada model asal. Rekaan dalaman pula dihias dengan cara Aston Martin. Namun harganya RM 166 ribu (selepas ditukar ke RM) adalah mengarut dan merepek bagi sebuah kereta mini hibrid 2 tempat duduk. Ia adalah bukti yang syarikat besar dan berjenama ini sebenarnya malas.

Citroen AX

Kegagalan mereka untuk berfikir menjadi sebab jenama besar akan jatuh satu hari nanti. Buktinya ialah walaupun Aston mensasarkan ia mampu menjual 4000 unit Cygnet dalam setahun, namun hanya 150 unit sahaja yang terjual dalam masa 2 tahun. Tiara lagi laku daripada Cygnet dan bila bercakap berkenaan Tiara, ia merupakan salah satu contoh proses rebadge yang gagal.

4. Namun ada juga proses rebadge dan reverse engineering oleh Proton yang bagi saya sangat bagus seperti Proton Satria. Jika jurutera R&D menghantar kertas kerja bagi pembangunan model sport 2 pintu, orang pertama yang akan menolak cadangan tersebut ialah akauntan. Adalah tidak masuk akal untuk membangunkan sebuah model yang mahal namun jualannya suam suam kuku.

Niche market seperti kereta sport 2 pintu (Supra, Toyota GT 86, Mazda Miata) adalah contoh terbaik. Apa yang Proton buat ialah pinjam cesi Mitsubishi Mirage/Colt dan gabungkan kepakaran daripada anak syarikat mereka iaitu Lotus bagi menghasilkan Satria GTi. Pada pendapat peribadi ia merupakan produk Proton terbaik yang pernah dihasilkan.

Toyota dan BMW melakukan kerjasama teknikal bagi mengurangkan kos pembangunan kereta sport Supra dan Z4 mereka kerana mereka tahu kereta seperti ini bukanlah produk keperluan tapi kehendak kepada pasaran yang terhad. Sebagai contoh kos pemabngunan model baru Satria Neo ialah RM 500 juta tapi jualan bulanannya tidaklah memberangsangkan sangat.

Google ads
Back to top button