Motosikal

MODENAS BAKAL TAWAR 8 MODEL BAHARU TAHUN 2020. ADA KAPCAI, SKUTER DAN STREET BIKE

Modenas dilapor bakal menawarkan sehingga lapan model baharu pada tahun ini. Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan ketika ditemui pada majlis pengumuman Dasar Automotif Negara 2020, di Damansara pagi tadi.

Penghasilan model-model baharu itu dilihat lebih signifikan berikutan kerjasama di antara Modenas dan Kawasaki yang dimeterai tahun lalu. Model baharu tersebut terdiri daripada skuter, kapcai dan street bike.

Kawasaki kini dikatakan memegang 30 peratus saham di dalam Modenas.

Modenas sedang sibuk membuat ubah suai di kilangnya di Gurun, Kedah. Pelaburan hampir RM5 juta itu merangkumi setup saluran pengeluaran, peralatan dan fasiliti ujian baharu.

Roslan juga memberitahu bahawa Modenas Ninja 250 bakal menemui pengguna tempatan menjelang separuh kedua tahun ini.

Menyentuh tentang model yang ditunggu ramai iaitu Ninja 4 selinder, Roslan berkata pihaknya masih membuat penilaian dan perkembangannya akan diumumkan pada separuh kedua 2020.  

Dari segi jualan pula, Roslan meletakkan sasaran untuk menjual sekitar 1,000 unit Modenas Ninja 250.   

Modenas bagaimanapun hanya akan menghasil dan menjual motosikal di bawah 700cc. Sementara model dengan enjin lebih besar akan dijual oleh Kawasaki Motors Malaysia.  

Google ads
Back to top button