Buletin

KERETA TERBANG GEELY, AE200 X01 SELESAI LENGKAPKAN UJIAN UDARA, LANCAR 2024

Kereta terbang buatan Geely, AE200 X01 berjaya diterbangkan pada 2023 yang membolehkannya memasuki ujian di peringkat baharu.

Kereta terbang bukanlah perkara pelik di China, dengan kerajaan China mempromosikan dasar dan peraturan untuk membantu pengeluar.

Pada Julai 2022, Xpeng mempamerkan kereta terbangnya di Dubai dan baru-baru ini, prototaip kereta terbang dua tempat duduk baharu telah didedahkan di Beijing.

AE200 X01 ialah pesawat elektrik 5 tempat duduk (eVTOL) yang dibangunkan oleh Wofei Changkong, divisyen penerbangan Geely.

Sejak diumumkan pertama kali pada Ogos 2022, jurutera syarikat bekerja keras bagi memastikan AE200 X01 memperoleh sijil kelayakan udara.

Hasilnya pada November 2022, AE200 X01 menjadi kereta terbang pertama menerima pensijilan jenis pesawat di China. Tidak lama kemudian, ia menyelesaikan semua jenis ujian penerbangan sistem utama.

Dibina untuk berfungsi dalam perjalanan antara bandar, AE200 X01 disasarkan untuk menjadi eVTOL berprestasi tinggi. Geely yakin bahawa kereta terbang itu boleh dilancarkan pada 2024.

Tetapi sebelum dilancarkan, syarikat itu akan mengumpul data keselamatan penerbangan sambil cuba memastikan AE200 X01 memenuhi semua keperluan kelayakan udara.

Google ads
Back to top button