
‘KERETA TERBANG’ X2 EVTOL XPENG TERBANG BUAT PERTAMA KALI DI LANGIT DUBAI
Pesawat X2 eVTOL Xpeng telah melakukan penerbangan pertama ke langit Dubai selepas diberikan permit khas daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Dubai (DCAA).
X2 terbang ke langit tanpa pengendali manusia semasa hari pembukaan acara GITEX Global technology show di Pusat Dagangan Dunia Dubai.
Xpeng telah membina pesawat eksklusif itu daripada gentian karbon, selain dilengkapi mod penerbangan manual dan autonomi. Ia menggunakan kokpit tertutup dengan reka bentuk berbentuk seperti titisan air mata.

Xpeng X2 turut dinilai oleh DCAA dari segi kestabilan dan penyeragaman keseluruhan proses operasi penerbangan. Ini merupakan kali pertama kenderaan terbang autonomi dari China berjaya dalam penilaian risiko operasi di luar negara.
Walaupun Xpeng merujuk kepada X2 sebagai ‘kereta terbang’, produk generasi kelima ini boleh digambarkan sebagai quadcopter berawak dan autonomi.
Xpeng kini dalam perancangan melengkapkan model generasi keenam dengan roda supaya ia boleh beroperasi sebagai kereta terbang.
- BACA: KERETA TERBANG VOYAGER X2. TOP SPEED 130KM/J, TERBANG SELAMA 35 MINIT, KETINGGIAN MAKSIMUM 1,000 METER
- BACA: JPJ SLOVAKIA BERI KELULUSAN KERETA TERBANG AIRCAR. GUNA ENJIN BMW 1.6L, TOP SPEED 170KM/J
- BACA: VINATA AEROMOBILITY BAKAL DEDAH KERETA TERBANG HIBRID INDIA
- BACA: KERETA TERBANG AIRCAR LAKUKAN PENERRBANGAN SELAMA 35 MINIT









