Buletin

KIA OPTIMA EX – VARIAN BAHARU DENGAN AVM, RM139,888 SEUNIT

Naza Kia Malaysia semalam melancarkan varian terbaharu Optima EX bagi melengkapkan lagi barisan model sedan tersebut. 

Ditawarkan bersama varian Optima GT, ia hadir dengan beberapa penambahbaikan yang menjadikannya lebih bernilai untuk wang anda. 

Antaranya ialah sistem Around View Monitor (AVM) yang tidak ada pada model terdahulu. Rekaan yang menarik juga membuatkannya lebih menonjol berbanding pesaingnya. 

Optima EX dikuasakan oleh enjin Nu 2.0L CVVL yang dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan untuk lebih penjimatan. Menggunakan rim aloi bersaiz 17 inci, ia juga dipasang dengan lampu utama, lampu kabus dan lampu belakang LED.

Bahagian hadapannya diserlahkan dengan gril intaglio yang diletakkan secara vertikal. Ruang kabin pula dilengkapi tempat duduk kuasa dengan memori, brek parkir elektrik, butang penghidup enjin, papan skrin warna bersaiz 7.0 inci dan sistem audio yang serasi dengan Apple CarPlay dan Android Auto. 

Toyota Avanza MREC – Mobile

Sedan itu hadir dalam warna hitam, putih mutiara dan kelabu. Ia ditawarkan pada harga RM139,888 seunit (di atas jalan tidak termasuk insurans).

Tags
Google ads
Back to top button