Buletin

KIA YAKIN JUALAN KENDERAAN PULIH SEPENUHNYA MULAI JULAI 2020

Dengan semakin banyak pengeluar kenderaan akan memulakan kembali produksi dan jualan yang kian positif di  China, pasaran suram automotif dijangka berakhir tidak lama lagi. 

Malah, eksekutif kanan Kia Eropah menjangkakan jualan kenderaan akan pulih seperti biasa selewat-lewatnya pada Julai depan.

Sedia maklum bahawa jualan kereta merudum teruk sepanjang April dan Kia tidak terkecuali, biarpun SUV Kia Telluride dinobat sebagai penerima anugerah World Car of the Year baru-baru ini. 

Di Eropah, pendaftaran kenderaan baharu jatuh 80 peratus. Ketua Pegawai Operasi Kia Europe, Emilio Herrera percata jualan pada Mei turun sebanyak 50 peratus dan hanya 25 peratus menjelang Jun. Pasaran akan pulih sepenuhnya pada Julai. 

Herrera juga percaya angka jualan akan lebih baik dengan bantuan dan insentif oleh kerajaan di seluruh dunia. “Kita perlu melaksanakan pelan pelupusan kereta seperti pada tahun 2009,” katanya.

Baru-baru ini, Kia ada memperkenalkan pelan insurans yang akan melindungi pelanggan daripada bayaran bulanan jika mereka hilang kerja. Menurut Herrera, jika industri mahu merangsang permintaan, ia perlu membantu golongan berpendapatan rendah. 

Pakej jualan boleh diaplikasikan kepada model-model hibrid seperti Kia Niro. Ia menjadikan EV lebih murah tanpa perlu memaksa pengguna beralih kepada teknologi itu jika mereka masih belum bersedia. 

Herrera bukanlah satu-satunya figura industri yang mahu pelan pelupusan dilaksanakan. Eksekutif di Ford Motor Company juga menyatakan perkara yang sama. 

Google ads
Back to top button