Buletin

KILANG KETIGA TOYOTA BOSHOKU

Toyota Boshoku UMW Sdn Bhd (TBU) baru-baru ini membuka kilang ketiganya secara rasmi. TBU dilaporkan telah memperuntukkan sebanyak RM22 juta untuk membangunkan kilang itu di atas tanah seluas 3,200 meter persegi itu.  

Projek tersebut dimulakan sejak awal tahun ini sebagai sebahagian daripada pelan pelaburan UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota Motor) berjumlah RM1 bilion untuk tiga tahun sehingga 2013.

TBU ditubuhkan sejak 25 tahun lalu dan dikenali sebagai Seat Industries (M) Sdn. Bhd. Kilang pertamanya bertanggungjawab memasang tempat duduk untuk model Corolla, sebelum berkembang kepada kerangka tempat duduk, kemasan pintu dan pemasangaan model-model Toyota yang lain.

From L-R H.Ioki (President, Toyota Boshoku Asia), Tan Sri Asmat (Chairman,_ UMW Toyota), Datuk T.Hibi (Deputy Chairman, UMW Toyota) & Datuk_ Ismet (President, UMW Toyota)

Pada tahun 2011, TBU melabur sebanyak RM8 juta untuk membina kilang kedua. Ia fokus kepada operasi menjahit, memotong dan membangunkan produk baharu iaitu papan untuk pembesar suara bagi projek Camry CKD.

Kilang ketiga ini dibina untuk memenuhi keperluan berikutan pengenalan Toyota Vios serba baharu. Di samping meningkatkan proses sedia ada di kilang pertama dan kedua TBU yang menghasilkan kusyen tempat duduk serta perehat kepala untuk Vios.

“Pada masa yang sama, kilang ini akan menjadi perintis kepada pengenalan busa penyerap getaran. TBU juga merupakan kilang pertama di Malaysia yang memperkenalkan proses penukaran pembawa acuan tanpa henti. Kilang ini memiliki kapasiti untuk menghasilkan 118 set busa kunyen sehari untuk Vios,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

TBU sebenarnya adalah hasil kerjasama di antara Toyota Boshoku Corporation, Jepun dan UMW Toyota Motor  sejak tahun  2006. Ia fokus terhadap proses pengilangan dan pemasangan tempat duduk, kemasan pintu serta komponen-komponen dalaman untuk model-model seperti Toyota Vios, Hilux, Fortuner, Innova, Hiace (dikilangkan oleh Assembly Services Sdn. Bhd., ASSB) dan kenderaan komersial Hino.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button