
KONVOI ARUZ PANDU PERLAHAN DI LORONG KANAN LEBUH RAYA DIKECAM NETIZEN
Tindakan sekumpulan pemandu Perodua Aruz yang berkonvoi tetapi memandu perlahan di lorong paling kanan di lebuh raya pantas menerima kecaman daripada netizen.
Aksi tidak bertanggungjawab dan ignorance itu dikongsi oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @Nidaasifa. Video berdurasi 16 saat itu jelas menunjukkan beberapa buah Perodua Aruz dengan selamba memandu perlahan dan membuatkan pengguna jalan raya memotong di lorong sebelah kiri.
Ia memang menyusahkan orang lain dan menimbulkan kemarahan sesiapa sahaja.
“Siapa dekat sini bapa adik beradik dia ada dalam persatuan kereta Aruz, tolong pesan kalau nak konvoi dekat lebuh raya jangan duduk lorong kanan ramai-ramai dan memandu perlahan, buat jalan sesak pagi-pagi,” ciapnya.
Wanita itu turut meminta konvoi tersebut untuk tidak menjadikan lebuh raya itu seperti milik mereka kerana boleh menyebabkan jalan sesak terutamanya ketika waktu pagi.
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut bersetuju dengan wanita itu dengan menyifatkan situasi tersebut boleh mengundang marah orang ramai.
“Minat yang mendatangkan amaran dan menyusahkan orang,” sindir @NayeOra.
“Geng-geng konvoi yang tidak tahu adab ini semakin bertambah,” kata @bmpower81.
“Memang biadap la geng konvoi ini, selamba sahaja bolot jalan,” jelas @Haffismustafa.
“Memang bebal orang yang berkonvoi tetapi dia tiada ‘common sense’,” ujar @edrashyours. – K! ONLINE
- BACA: PERODUA ARUZ FACELIFT 2021. WARNA MERAH BAHARU, PEMIJAK SISI, KUNCI AUTOMATIK. HARGA SAMA, BERMULA RM68,526 SEUNIT
- BACA: PERODUA ARUZ DILANCARKAN DI SINGAPURA. DIEDAR OLEH PEROCOM AUTO, BERMULA RM286K
- BACA: PERBANDINGAN ARUZ/RUSH DENGAN HONDA BRV
- BACA: PANDU UJI: BEZA TOYOTA RUSH DENGAN PERODUA ARUZ







