Buletin

PERODUA CATAT JUALAN BULANAN PALING TINGGI DALAM 27 TAHUN. 26,852 UNIT PADA OKTOBER 2020

Perodua berjaya mencatatkan prestasi jualan bulanan tertinggi dengan 26,852 kenderaan pada Oktober 2020, selepas memecahkan rekod jualan bulanan sepanjang sejarahnya sebanyak 25,035 unit pada September 2020.

“Pada September, kami telah mencapai jualan bulanan tertinggi sepanjang 27 tahun sejarah Perodua.

“Sepanjang Oktober pula, kami telah membelanjakan sebanyak RM600 juta untuk membeli komponen daripada pembekal tempatan, seterusnya menghasilkan kesan pengganda ekonomi yang besar kepada ekosistem automotif tempatan yang terkesan akibat COVID-19,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Ekosistem automotif merangkumi sektor langsung dan tidak langsung. Ini termasuklah pembekal komponen automotif, pengedar sah, stokis, agensi dan kontraktor. Rakan niaga tidak langsung pula melibatkan institusi kewangan seperti bank dan syarikat insurans.

Dari segi kapasiti pengeluaran, Perodua  berada pada tahap 98 peratus secara purata pada Oktober 2020 dengan 26,362 kenderaan. Angka itu juga merupakan pengeluaran bulanan tertinggi daripada kilang Perodua di Sungai Choh.

Kejayaan itu dicapai dengan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang diikuti oleh setiap kakitangan dan rakan niaga, termasuk bekerja dari rumah serta ujian mandatori bagi mereka yang berada di zon merah asal yang 

Perodua telah menjual 8,052 unit Myvi, 6,738 Axia, 6,895 Bezza, 3,193 Aruz dan 1,974 Alza pada Oktober. Tiga model teratas kekal sebagai kenderaan terlaris di Malaysia setakat tahun ini.

“Dari segi penyelenggaraan, alat ganti kami mencukupi untuk memenuhi setiap keperluan pelanggan kerana kebanyakannya dikilang secara tempatan. Kami akan terus berusaha untuk mengekalkan momentum jualan dan pengeluaran ini bagi memastikan penghantaran kekal tinggi dan para pelanggan kami berpuas hati,” katanya lagi. 

Bagi memberi lebih ganjaran kepada pelanggan, Perodua menawarkan rebat tunai sehingga RM1,500 untuk Aruz (tertakluk terma dan syarat) sepanjang November, ke atas amaun pengecualian cukai semasa. Perodua turut menawarkan rebat tunai sehingga RM2,000 untuk kenderaan pra-milik sehingga 31 Disember 2020. 

Tawaran ini hanya boleh didapati di pusat jualan Perodua KL yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Sila layari laman web: www.perodua.com.my, hubungi atau kunjungi pusat-pusat jualan Perodua  untuk maklumat lanjut.

Google ads
Back to top button