Buletin

KUBOTA PERKENAL TRAKTOR ELEKTRIK UNTUK BANTU PELADANG DI JEPUN

Menurut pengeluar jentera perladangan Kubota, jumlah peladang di Jepun semakin berkurangan sedangkan tanah yang terpaksa dikerjakan tidak menurun. 

Bagi menyelesaikan masalah itu, Kubota baru-baru ini memperkenalkan model konsep traktor yang tidak perlu dikendalikan oleh pemandu. Diberi nama  X tractor, jentera itu direka sebagai sebahagian daripada program teknologi Agrirobo Kubota. 

Dijangka diperkenalkan kepada umum dalam satu pameran di bandar Kyoto, tidak banyak perincian teknikal yang dikongsi. Apa yang boleh dilihat, jentera itu dikuasakan oleh motor elektrik menerusi pek bateri lithium-ion dan panel solar. 

Menggunakan gabungan GPS, alat pengesan, kamera dan sistem pemantauan berasaskan kepada kepintaran buatan (AI), X tractor mampu mampu bekerja sendiri di ladang biasa  serta sawah padi. Sistem AI membolehkannya untuk memantau faktor seperti cuaca dan kadar pertumbuhan tanaman. Sebelum menjalankan tugas seperti menanam benih, menuai dan sebagainya. 

Tidak menggunakan roda, X tractor sebaliknya dipasang dengan empat unit Mattracks yang memberikannya cengkaman terbaik di atas apa jua permukaan tanah. Memandangkan setiap roda itu mempunyai motor sendiri, ia boleh berputar dengan kelajuan berbeza dan menawarkan radius belokan yang baik. 

Setakat ini, tiada maklumat sama ada X tractor akan diproduksi. Jika ya, ia bakal bersaing dengan traktor berautonomi yang dihasilkan oleh beberapa buah syarikat seperti Yanmar dan CNH Industrial. 

Tags
Google ads
Back to top button