Artikel Pilihan

LAKARAN HONDA CIVIC SEMPENA ULANG TAHUN KE 50 – DAH NAK MASUK WARGA EMAS USIA CIVIC NI

Honda Civic yang menjadi kebanggaan bangsa H ini sebenarnya baharu sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke-50 beberapa hari lepas. Ia mula diperkenalkan kepada umum pada tanggal 11 Julai 1972 dan lakaran-lakaran ini menunjukkan ia semakin berevolusi generasi demi generasi. Sehingga kini 11 generasi Civic sudah diperkenalkan kepada dunia.

Lakaran ini diambil dari pelbagai peringkat pembangunan dan memberikan gambaran terhadap produk yang bakal dikeluarkan tapi ada jugaklah yang hanya kekal sebagai lakaran.

Bukan setakat lakaran ini sahaja tapi Honda juga telah memuatnaik video harijadi khusus untuk ulang tahun Civic ke-50. Setengah lakaran turut muncul di dalam video tersebut selain trend fesyen semasa dan nama-nama gelaran untuk setiap generasi.

Bermula dengan rekaan yang kelihatan agak lembut dan merendah diri pada peringkat awal (maklumlah nama pun Civic kan), Civic kemudian menjadi lebih agresif dari segi rekaan dan prestasi. Ia bukan lagi sebuah kereta untuk cikgu-cikgu perempuan pada awal pelancaran tapi sudah menjadi senjata untuk memikat awek dan bakal mertua untuk generasi selepas millennium. VTEC on katanya. Jom layan galeri gambar lagi baik.

Google ads
Back to top button