
LAMBORGHINI NEWPORT BEACH TERIMA BAYARAN MATA WANG KRIPTO
Pengedar Lamborghini di Newport Beach, California, Amerika Syarikat (AS) mengatakan bahawa mereka akan menerima bayaran dengan penggunaan mata wang kripto.
Bagaimanapun, para pembeli terlebih dahulu perlu menghubungi pengedar terbabit untuk mengetahui mata wang kripto mana yang diterima mereka.
Ini bukanlah kali pertama individu boleh membeli kenderaan dengan menggunakan mata wang kripto malah bukan pengedar pertama melakukan kaedah pembayaran berkenaan.

Pada tahun 2013, seseorang telah membuat bayaran menggunakan mata wang kripto Bitcoin untuk membeli sebuah Tesla Model S daripada pengedar Lamborghini Newport Beach.
Begitupun, langkah mempromosi kaedah pembayaran dengan menggunakan mata wang kripto di laman media sosial rasmi pengedar berkenaan merupakan pertama kali dilakukan mereka.
Memandangkan pasaran mata wang kripto semakin mencanak naik sejak beberapa bulan lalu terutama Bitcoin adalah lebih baik menukar kepada wang sebenar untuk membeli kenderaan idaman. – carscoops.
- BACA: LAMBORGHINI LANTIK SUNAGATA SUPERCAR SEBAGAI PENGEDAR RASMI. MULA OPERASI APRIL 2021
- BACA: FORD FIESTA LANGGAR BELAKANG LAMBORGHINI AVENTADOR SV, PEMANDU TERUS LARIKAN DIRI
- BACA: HARI-HARI TERAKHIR LAMBORGHINI AVENTADOR SVJ PEMAIN MAN CITY
- BACA: CARA MUDAH CONVERT TOYOTA HARRIER JADI LAMBORGHINI URUS. BELI BODYKIT CRAFTECH, HARGA PUN MURAH