Buletin

VOLVO CARS TINGKATKAN PENGELUARAN EV 3 KALI GANDA DI KILANG GHENT BELGIUM

Volvo Cars dilapor bakal meningkatkan kapasiti pengeluaran kereta elektrik (EV) sehingga tiga kali ganda di kilang Ghent, Belgium.

Langkah itu dibuat bagi memenuhi peningkatan permintaan terhadap barisan kenderaan Recharge keluarannya.

Jualan tahun 2020 menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan kepada lebih dua kali ganda berbanding 2019. Menjelang tahun 2022, kapasiti pengeluaran EV di kilang Ghent akan menjadi sekitar 60 peratus.  

Ghent kini bersedia untuk menghasilkan model EV kedua Volvo yang dibina berasaskan kepada platform CMA pada hujung tahun ini. Kilang berkenaan sudahpun membina model XC40 Recharge dan XC40 PHEV.

“Pelanggan nyata suka denga napa yang mereka lihat pada kenderaan Recharge kami.

“Memandangkan kami terus mengelektrifikasikan rangkaian model dan meningkatkan kapasitinya, Ghent sememangnya penting dalam rangkaian pengilangan global Volvo,” kata Ketua Operasi Industri dan Kualiti Global Volvo, Javier Varela.

Volvo Cars dilihat komited untuk menjadi syarikat EV premium. Menjelang tahun 2025, ia mensasarkan jualan EV mencecah 50 dan bakinya adalah model hibrid.

Bulan lalu, Volvo Cars mengumumkan ia bakal memasang motor elektrik di kilang rangkaian kuasanya di Skövde, Sweden. Ia juga akan membuat pelaburan besar untuk penghasilan e-motor untuk kenderaan generasi baharu Volvo.

Google ads
Back to top button